Kewujudan Vanadium

Vanadium belum pernah dijumpai dalam keadaan tulen dalam alam semulajadi, sebaliknya wujud dalam kira-kira 65 jenis mineral berlainan, antaranya patronit (VS4), vanadinit [Pb5(VO4)3Cl], dan karnotit [K2(UO2)2(VO4)2.3H2O]. Vanadium juga hadir dalam bauksit, dan endapan yang mengandungi karbon seperti minyak mentah, arang, syal minyak dan pasir tar. Spektrum vanadium juga dikesan pada cahaya daripada matahari dan sesetengah bintang.

Pada masa kini, kebanyakan logam vanadium yang dihasilkan adalah melalui penurunan kalsium pada V2O5 dalam bekas tekanan. Vanadium biasanya diperolehi sebagai hasil sampingan atau koproduk, maka sumber dunia bagi unsur ini bukanlah penunjuk yang sebenar bagi bekalan yang boleh didapati..

Lihat juga kategori: Mineral vanadat.

Berkaitan