Langkah pengawasan Vanadium

Serbuk logam vanadium adalah bahaya api, dan melainkan diketahui sebaliknya, sebatian vanadium haruslah dianggap sebagai sangat bertoksik. Secara amnya, lebih tinggi keadaan pengoksidaan suatu vanadium, lebih toksik sebatiannya. Sebatian yang paling berbahaya adalah vanadium pentoksida.

Pentadbiran Keselamatan dan Kesihataan Pekerjaan Amerika Syarikat (OSHA) telah menetapkan had pendedahan sebanyak 0.05 mg/m3 untuk habuk vanadium pentoksida dan 0.1 mg/m3 untuk wasap vanadium pentoksida dalam udara tempat kerja pada jangka masa 8 jam hari bekerja, 40 jam minggu bekerja.

Institut Kebangsaan bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Amerika Syarikat (NIOSH) telah mencadangkan bahawa 35 mg/m3 vanadium dianggap bahaya serta-merta kepada kehidupan dan kesihatan. Ini merupakan tahap pendedahan bahan kimia yang biasanya menyebabkan gangguan kesihatan kekal atau maut.

Berkaitan