Peranan biologi Vanadium

Dalam biologi, atom vanadium adalah komponen penting bagi sesetengah enzim, khasnya bagi vanadium nitroginase yang digunakan oleh sesetengah mikroorganisma pengikat nitrogen. Vanadium adalah penting bagi askidian atau pemancut laut dalam Protein Kromagen Vanadium. Kepekatan vanadium dalam darah hidupan-hidupan ini adalah lebih 100 kali lebih tinggi daripada kepekatan vanadium dalam air laut sekeliling mereka. Tikus dan ayam juga diketahui memerlukan vanadium pada kandungan kecil dan kekurangan akan mengakibatkan pertumbuhan lambat dan gangguan pembiakan.

Pemberian sebatian oksovanadium menunjukkan pengurangan gejala penyakit diabetis melitus pada sesetengah model binatang dan manusia. Sama seperti kesan kromiun pada metabolisme gula, mekanisme bagi kesan ini juga tidak diketahui.

Tambahan Mineral dalam Air Minuman

Di Jepun, vanadium(V) oksida (V2O5) dipasarkan sebagai tambahan kesihatan mineral baik yang wujud secara asli dalam air minuman. Sumber utama air minuman ini adalah cerun Gunung Fuji. Kandungan vanadium pentoksida air ini adalah antara kira-kira 80ug/Liter hingga ke 130ug/Liter. Pemasarannya menggambarkannya sebagai berkesan menentang diabetis, ekzema, dan kegendutan. Tidak terdapat pernyataan tentang ketoksikan dalam pemasaran produk-produk ini

Berkaitan