Sebatian Vanadium

Vanadium pentoksida (V2O5) digunakan sebagai mangkin terutamanya dalam penghasilan asid sulfurik.

Vanadil sulfat (VOSO4), juga dipanggil vanadium{IV) sulfat oksida hidrat, digunakan sebagai tambahan diet yang agak berkontroversi, terutamanya untuk meningkatkan tahap insulin dan bina badan. Belum lagi adanya bukti yang menunjukkan ia berguna untuk bina badan, sebaliknya beberapa bukti menunjukkan para atlit yang mengambilnya hanyalah mengalami kesan plasebo.

Vanadium(IV) klorida adalah satu bentuk vanadium yang terlarut dan biasa digunakan di dalam makmal. V(IV) adalah bentuk yang diturunkan daripada V(V), dan biasanya terhasil selepas respirasi anaerob oleh bakteria penurun logam disimilasi. V(IV) klorida bertindak balas dengan cergas bersama air.

Ketoksikan Sebatian Vanadium

Ketoksikan vanadium bergantung kepada keadaan fizikokimianya; terutamanya pada keadaan valensi dan keterlarutannya. Pentavalen VOSO4 telah dilaporkan adalah lebih daripada 5 kali lebih toksik daripada trivalen V2O3 (Roschin, 1967). Sebatian vanadium tidak diserap dengan baik oleh sistem gastrointestinal, akan tetapi pendedahan vanadium dan sebatian vanadium melalui sedutan akan mengakibatkan kesan-kesan buruk kepada sistem pernafasan (Sax, 1984; ATSDR, 1990). Namun begitu, tidak terdapatnya data kuantitatif yang mencukupi untuk menerbit kesan sedutan kronik atau subkronik.

Tidak terdapatnya banyak bukti yang menunjukkan vanadium dan sebatian vanadium adalah sejenis toksin pembiakan atau teratogen. Tiada juga bukti yang menunjukkan bahawa sebatian vanadium adalah karsinogenik; akan tetapi, sangat sedikit kajian yang telah dijalankan untuk evaluation. Vanadium belum lagi dikelaskan kekarsinogenannya oleh EPA Amerika Syarikat (1991a).