Media Vancouver

Rencana utama: Media di Vancouver

Vancouver adalah pusat pengeluaran filem dan televisyen utama. Diberikan nama samaran Hollywood North, bandar ini telah digunakan sebagai sebuah lokasi membuat filem untuk hampir seabad, bermula dengan Edison Manufacturing Company.[140] Pada 2008, BC Film Commission melaporkan lebih daripada 260 pengeluaran digilemkan di Vancouver membuatnya pusat filem terbesar ketiga di Amerika Utara, selepas Los Angeles dan New York City, dan kedua selepas Los Angeles dalam pengeluaran televisyen di dunia.[141][142][143]

Suatu campuran surat khabar tempatan, negara, dan antarabangsa telah diedarkan di bandar Vancouver. Dua surat khabar bahasa Inggeris utama adalah The Vancouver Sun dan The Province. Juga, dua surat khabar negara diedarkan di bandar adalah The Globe and Mail, yang memulakan penerbitan "national edition" di B.C. pada 1983 dan kini dikembangkan untuk memasuki bahagian berita B.C. tiga muka surat, dan National Post yang berpusat di sekitar berita negara. Surat khabar tempatan lain termasuk 24H (suatu harian percuma tempatan), francais Vancouver national free daily Metro harian percuma negara, the Vancouver Courier yang dua kali seminggu, dan surat khabar bebas The Georgia Straight. Surat khabar arian bahasa Cina, Ming Pao, Sing Tao dan World Journal menyajikan pada penduduk bercakap bahasa Kantonis dan Mandarin besar. Sebilangan surat khabar tempatan dan antara bangsa lain menghidang kumpulan-kumpulan pelbagai budaya lain di Lower Mainland.

Sesetengah stesen televisyen tempatan termasuk CBC, Citytv, CTV dan Global BC. OMNI British Columbia mengeluarkan siaran berita harian dalam bahasa Kantonis, Mandarin, Punjabi dan Korea, dan siatan berita mingguan dalam bahasa Tagalog, dan juga acara-acara ditujukan pada kumpulan budaya lain. Fairchild Group juga mempunyai dua stesen televisyen: Fairchild TV dan Talentvision, mengkhidmati penonton bercakap bahasa Kantonis dan Mandari secara tertentu.

Stesen-stesen radio dengan jabatan berita termasuk CBC Radio One, CKNW dan News 1130. Komuniti Perancis Columbia dikhidmati oleh saluran keluar Radio-Canada CBUFT saluran 26 (Télévision de Radio-Canada), CBUF-FM 97.7 (Première Chaîne) dan CBUX-FM 90.9 (Espace musique).

Penguasaan media adalah suatu isu yang sering dibincangkan di Vancouver oleh kerana surat khabar, The Vancouver Sun, The Province, Vancouver Courier dan surat khabar tempatan lain seperti Surrey Now, Burnaby Now dan Richmond News, adalah kesemuanya dimiliki Postmedia Network.[144] Media korporat milik satu ketumpuan telah mendorong pilihan, membuat Vancouver sebuah pusat untuk media online bebas termasuk The Tyee dan NowPublic.[145]

Rujukan

WikiPedia: Vancouver http://www.theage.com.au/articles/2006/09/10/11578... http://www.amazon.ca/McGowans-War-Donald-Hauka/dp/... http://www.bced.gov.bc.ca/reports/pdfs/student_sta... http://www.bcstats.gov.bc.ca/data/cen06/mun_rd.asp http://www.bcstats.gov.bc.ca/pubs/bcbi/bcbi0912.pd... http://www.leg.bc.ca/mla/MLALookup/LocIndex.asp?Co... http://www.vanartgallery.bc.ca/visit_the_gallery/v... http://www.city.vancouver.bc.ca/erc/pdf/verc_repor... http://www.vsb.bc.ca/about-vsb http://www.bclaws.ca/Recon/document/freeside/--%20...