Kerjaya Vanida_Imran

Pada usia 21 tahun, Vanida memegang watak Wan Nuraini dalam filem sulungnya, Putera arahan Zulkifli M. Osman. Lima tahun kemudian, beliau menjayakan watak sebagai Noraini dalam filem Badai Mentera.

Beliau juga pernah muncul dalam telefilem Neon (2003) arahan Mohd Feroz Abdul Kader lakonan Allahyarham Faizal Yusup dan Erik Fuzi bersama ramai pelakon termasuk suaminya ketika itu, Rashidi Ishak, Azhar Sulaiman, Aziz M. Osman, Saiful Apek, Sofi Jikan, Aziz Sattar, Kuswadinata, Abby Abadi, Serina Redzuawan, Zila Bakarin, Rita Rudaini, Kartina Aziz dan ramai lagi.[4]

Pada tahun 2004, beliau berlakon bersama Farid Kamil dalam filem thriler misteri, 7 Perhentian arahan Profesor Madya A. Razak Mohaideen.[5] Dua tahun kemudian, Vanidah menjayakan peranan utama Azizah bersama Bob Mercer, Zahim Albakri dan Samantha Schubert dalam filem drama misteri The Red Kebaya arahan Oliver Knott.[6] Pada 2006 juga, beliau terlibat dalam pementasan teater Lantai T. Pinkie bersama Nasha Aziz.

Vanida meminjamkan suaranya bagi watak Normah dan ibu Aziz dalam filem animasi arahan Anwardi Jamil Budak Lapok, yang diilhamkan dari filem Bujang Lapok karya P. Ramlee. Beliau menyertai barisan pelakon termasuk Afdlin Shauki, Tony Eusoff, Eja, dan Nasha Aziz membintangi filem drama Sepi arahan Kabir Bhatia yang ditayangkan pada 26 Jun 2008.[7]

Vanida memegang watak sebagai Ain dalam filem Temuan Takdir yang ditayangkan pada 11 Ogos 2016.[8] Bekerja di bawah arahan Syed Hussein, Vanidah mencurahkan pengalaman silamnya dengan menjayakan watak sebagai Suraya dalam filem Dendam Azalea. Filem ini mencipta sejarah apabila muncul sebagai filem Malaysia pertama yang tidak ditayangkan di pawagam, sebaliknya ditayangkan secara eksklusif di Netflix.[9]

Rujukan

WikiPedia: Vanida_Imran http://www.budiey.com/senarai-telefilem-syawal-201... http://www.budiey.com/teater-baik-punya-cilok-di-i... http://cikyam.com/2010/hiburan/vanida-imran-pengac... http://www.filemkita.com/filem/t/tujuh_perhentian_... http://www.imdb.com/name/nm0408303/ http://intrend.com.my/hiburan/filem-seni/temuan-ta... http://www.kosmo.com.my/hiburan/rashidi-ishak-vani... http://www.kosmo.com.my/terkini/ibu-pelakon-vanida... http://www.nst.com.my/news/2015/09/vanidah-imran-g... http://www.sinarharian.com.my/hiburan/vanidah-rash...