Menu
Veda Klasifikasi VedaAyat-ayat suci Veda telah diturunkan secara lisan dari zaman ke zaman. Seorang guru akan membacakan ayat-ayat suci dan pelajar akan mendengarnya dengan teliti dan mengulanginya. Maka, Veda juga dikenali sebagai 'Śruti' ('apa yang didengar').[16]
Bagi memudahkan proses pengajaran Veda secara lisan, golongan Rishi telah membina suatu sistem pengajian mantera bagi memelihara Veda dengan baik dan tanpa sebarang perubahan. Hasilnya, pada hari ini juga terdapat golongan pendeta yang dapat melafazkan ayat-ayat suci Rig Veda dengan sempurna.[17]
Apabila empat pelajar-pelajar Veda Vyāsa mengajarnya kepada pelajar-pelajar mereka, beberapa perubahan kecil dan penyusunan semula mantera dilakukan mengikut cara pengajaran tempatan dan ritual. Kaedah yang diubahsuai ini dikenali sebagai śākhā. Contohnya, Ṛg Veda dikatakan mempunyai 21 śākhā, namun hanya lima sahaja yang masih wujud iaitu: Śākala, Bāṣkala, Āśvalāyana, Śāṅkhāyana dan Māṇḍūkeya.[18]
Seterusnya, setiap Veda juga dibahagikan kepada dua bahagian: Mantra dan Brāhmaṇa. Seringkali, pembahagian ini juga ditambahkan dengan dua bahagian lain iaitu Āraṇyaka dan Upaniṣad.[19]
Setiap Veda mempunyai empat bahagian:
Menurut satu lagi kaedah klasifikasi, setiap Veda juga dibahagikan kepada tiga bahagian: Karma Kanda, Upasana Kanda dan Jnana Kanda.
Ini adalah bahagian Samhita dan Brahmana yang sebahagian besarnya menyentuh tentang Karma atau ritual-ritual Vedik dan upacara-upacara korban.
Kandungan utama Karma Kanda ialah Brahmana. Mantera-mantera dalam Samhita pula akan dibacakan pada masa-masa yang sesuai semasa upacara ritual.
Mimamsa Darsana memberikan bahagian ini tempat yang utama berbanding bahagian Upanishad. Sebaliknya, dalam sistem Vedanta pula, Karma Kanda tidak diberi penekanan.
Ini adalah bahagian Upanishad yang biasanya menjadi sebahagian Aranyaka. Ia menyentuh tentang Jnana atau ilmu rohani.[20]
Dalam sistem Vedanta, bahagian ini diberikan keutamaan penting berbanding bahagian Karma Kanda.
Ini adalah bahagian Aranyaka termasuk Upanishad, yang mengajar Upasana atau pelbagai jenis meditasi khas (juga dinamakan 'Vidya). 'Upasana secara literal bermaksud 'duduk berdekatan' atau 'meditasi'.
Menu
Veda Klasifikasi VedaBerkaitan
Veda Vedad Ibišević Vedaranyam Vedapatti Vedasandur Vedat Dalokay Vedanga Jyotisha Vedanta Vedano Olona VedavågenRujukan
WikiPedia: Veda http://ancientindianwisdom.com/vedas-and-vedic-sys... http://www.san.beck.org/EC7-Vedas.html