Vegetarian ialah amalan pemakanan yang mengecualikan segala
daging haiwan, termasuk
ternakan,
buruan,
ikan, kerang-kerangan atau
krustasia, serta keluaran sampingan penyembelihan.
[1] Sebab-sebab memilih amalan vegetarian boleh berkaitan dengan moral, agama, budaya, etika, estetik, persekitaran, masyarakat, ekonomi, politik, citarasa, atau kesihatan. Terdapat beberapa jenis pemakanan vegetarian ini, termasuk yang mengecualikan
telur dan/atau mana-mana keluaran usaha haiwan seperti
tenusu dan
madu. Contohnya, amalan
vegan mengecualikan kesemua
produk haiwan dari pemakanan. Mengikut takrif yang lebih ketat, produk haiwan tidak digunakan sebagai pakaian juga, sama ada penghasilan pakaian atau benda-benda seumpamanya melibatkan nyawa haiwan atau tidak (
tenusu,
telur,
madu,
bulu,
sutera,
bulu kapas, dsb.)
[2] A generic term for both vegetarianism and veganism, as well as for similar diets, is "Plant-based diets".
[3]Pemakanan vegetarian telah didapati memuaskan keperluan khasiat untuk semua peringkat umur, sementara kajian-kajian selidik berskala besar telah membuktikan bahawa amalan vegetarian memanjangkan umur, menyihatkan badan, dan banyak mengurangkan risiko barah dan penyakit-penyakit lain.
[4]