Sejarah Venice

Asal usul

Pembangunan dan pembentukan republik berdiri sendiri (Repùblica Vèneta)

Dari abad ke-9 hingga abad ke-12, bandar ini terbangun sebagai sebuah negara kota (talasokrasi atau Repubblica Marinara: tiga buah kota lain adalah Genoa, Pisa dan Amalfi). Kedudukan strategik di teluk menghadap laut Adriatik menjadikan kegiatan perdagangan dan kelautan di bandar ini sangat terdedah.[petikan diperlukan] Penghapusan keigatan lanun sepanjang persisisan Dalmatia menjadikan kota ini sebuah pusat perdagangan yang makmur di rantau Eropah Barat, terutamanya antara Empayar Byzantine dan Asia sambil lautan sekelilingnya dijaga daripada ancaman lanun.[2] Mesin percetakan yang baru dicipta di Jerman merebak luas ke seluruh peLusuk benua Eropah pada abad ke-15, namun Venezia cepat mengambil potensi daripada teknologi ini; ia dengan pengaruhnya sebagai sebuah kota perdagangan antarabangsa menjadikan ia sebagai kota percetakan dunia pada tahun 1482.[3]

Republik ini kehilangan kemerdekaannya apabila ditawan oleh Napoleon Bonaparte pada 12 Mei 1797. Ia kemudian menjadi sebahagian daripada Austria dan seterusnya Itali.

Kejatuhan

Zaman Moden

Sewaktu zaman Perang Dunia Kedua, Venezia terselamat daripada sebarang serangan tentera. Hanya dalam Operasi Bowler sahaja ada kegiatan sebegini berlaku di mana Tentera Udara Diraja Britain menyerang pengawal lautan milik Wehrmacht pada bulan Mac 1945. dengan tepatnya sehingga langsung tidak menjejaskan binaan yang ada dalam kota tersebut.[4] [5]. Walaubagaimanapun, kawasan-kawasan perindustrian di Mestre dan Marghera; dalan jalan keretapi ke Padua, Trieste, dan Trento were berulang kali dibom.[6] Pada 29 April 1945, satu pasukan tentera Britain dan New Zealand dari Markas ke-8 Tentera Darat Britain, di bawah pimpinan Jeneral Freyberg, membebaskan Venice, yang mana dipenuhi dengan aktiviti parti penentang Mussolini .[7][8]

Rujukan

WikiPedia: Venice http://www.yerevan.am/en/partner/sister-cities/ http://www.huffingtonpost.com/2013/01/30/venice-st... http://clima.meteoam.it/AtlanteClim2/pdf/(105)Vene... http://clima.meteoam.it/viewClino.php?type=File&st... http://archive.comune.venezia.it/flex/cm/pages/Ser... http://www.comune.venezia.it/ http://www.comune.venezia.it/flex/cm/pages/ServeBL... http://www.brepolsonline.net/doi/abs/10.1484/J.VIA... http://www.milhist.net/history/onemoreriver.html http://www.milhist.net/usaaf/mto.html