Vickers_F.B.5
Vickers_F.B.5

Vickers_F.B.5

Vickers F.B.5 (Fighting Biplane 5) (dikenali juga sebagai "Gunbus") merupakan sejenis pesawat penolak dua tempat duduk dengan sayap kembar. Pesawat ini digunakan oleh Britain semasa Perang Dunia I. Ia dilengkapi dengan sebuah meriam Lewis yang dikendalikan oleh pemerhati yang duduk di hadapan nasel. Pesawat ini merupakan pesawat pejuang pertama di dunia yang dibina khas untuk pertempuran di udara.