Sejarah Victon

2016: Me & 7 Men dan penampilan sulung

Pada 17 Ogos 2016, Plan A Entertainment mendedahkan butiran mengenai kumpulan itu (ketika itu dikenali sebagai Plan A Boys) dan rancangan realiti mereka, Me & 7 Men (Aku & 7 Lelaki), yang akan menjadi satu riwayat sebagai persediaan kumpulan itu untuk membuat penampilan pertama mereka.[1] Pada 30 Ogos 2016, episod pertama rancangan Me & 7 Men dikeudarakan di saluran Mnet.[2]

Pada 1 September 2016, Plan A Entertainment melancarkan satu single digital untuk Seungsik, Sejun dan Hanse sebagai Plan A Boys dengan kerjasama rakan sesyarikat Huh Gak bertajuk "#Menggigil" (#떨려). Video muzik untuk single tersebut dibintangi oleh Huh Gak dan kesemua ahli kumpulan.[3]

Pada 1 November 2016, satu iklan acah ditayangkan selepas episod akhir Me & 7 Men yang mendedahkan tarikh penampilan sulung rasmi iaitu 9 November. Pada hari berikutnya, Plan A Entertainment melancarkan gambar dan video acah individu untuk Sejun dan Byungchan, dan hari berikutnya, Subin dan Hanse. Pada 4 November, iklan acah untuk Seungwoo, Chan dan Seungsik pula dikeluarkan bersama-sama dengan treler persembahan untuk "What Time Is It Now?" (Pukul Berapa Sekarang?), salah satu runut untuk EP pertama mereka.[4][5]

Pada 9 November, Victon memulakan penampilan sulung mereka dengan pelancaran album mini pertama mereka, Voice to New World bersama-sama dengan runut utama "Berpura-pura Seperti Tiada Apa-apa" (아무렇지 않은 척).[6] Kumpulan muzik ini kemudiannya membuat persembahan di rancangan-rancangan muzik untuk promosi mereka.

2017: Kelab peminat, Ready, Identity dan From.VICTON

Pada 2 Mac 2017, Victon melancarkan album mini kedua mereka, Ready, di mana ia terdiri daripada lima buah runut; lagu "Eyez Eyez" (Mata, Mata) dipilih sebagai single utama. Pada hari yang sama, kumpulan ini mengumumkan warna rasmi mereka iaitu biru atol dan kuning terang serta nama kelab peminat mereka, 'ALICE' yang merupakan singkatan bagi Always We Love the Voice (Sentiasa Kita Menyukai Suara).[7] Mereka juga membuat kemunculan semula di M Countdown pada hari itu juga.

Pada 23 Ogos 2017, kumpulan muzik ini melancarkan album mini ketiga, Identity. Album mini ini terdiri daripada lima buah lagu dan "Unbelievable" (말도 안돼) dijadikan sebagai single utama.[8]

Pada 9 November, Victon sekali lagi melancarkan album mini keempat yang bertajuk, From. VICTON. Pengeluaran album ini adalah sempena ulang tahun pertama kumpulan muzik ini. Enam buah lagu terkandung di dalam album mini ini dan runut utamanya ialah "Remember Me" (나를 기억해).[9]

2018: Projek Busking, Time of Sorrow

Pada 18 Februari, Plan A Entertainment mengumumkan bahawa Victon mempunyai Projek Busking selama 4 hari pada tarikh-tarikh ini: 25 Februari, 4,10 & 11 Mac. Mereka akan mempersembahkan lagu-lagu yang berbeza dari album sebelum ini. Beberapa lagu yang mereka nyanyikan adalah lagu dari 'Shadow' oleh Highlight (BEAST), 'Lonely' 2NE1, '고 민보다 GO' oleh BTS. Mereka juga membuat remix Boy Bad oleh Red Velvet. Tapak di mana mereka melakukan projek tersebut adalah di Sinchon (Hari 1), Starfield (Hari 2), Gangnam (Hari 3) dan Dongdaemun (Hari 4).[10]

Pada 23 Mei , Victon mengeluarkan album single pertama mereka "Time of Sorrow"[11][12]

2019: Menyertai Produce X 101

Seung-woo dan Byung-chan telah mengambil bahagian sebagai peserta dalam Produce X 101. Pada 15 Mac, mereka dicalonkan untuk menjadi center untuk lagu Produce X 101 "X1-MA".

Pada 11 Julai, ianya telah diumumkan oleh Play M Entertainment bahawa Byung-chan akan meninggalkan rancangan tersebut kerana untuk memulihkan kesakitan kronik yang dihadapi meningkat dari Achilles tendinitis.[13]

Pada episod akhir pada 19 Julai, Seung-woo menjadi ahli kumpulan lelaki baru X1. Beliau menerima 1,079,200 undian, yang meletakkannya berada di tempat ke-3. Kumpulan ini mempunyai kontrak selama 5 tahun. Untuk 2.5 tahun pertama, dia akan mempromosikan secara eksklusif dengan X1, tetapi untuk baki 2.5 tahun, dia akan bebas untuk mempromosikan dengan Victon lagi.[14]

Rujukan

WikiPedia: Victon http://www.allkpop.com/article/2016/08/huh-gak-and... http://www.allkpop.com/article/2016/11/a-pinks-you... http://www.allkpop.com/article/2016/11/upcoming-bo... http://www.allkpop.com/article/2016/11/victon-say-... http://www.facebook.com/VICTON1109 http://instagram.com/victon1109 http://www.kpopmap.com/plan-a-boys-kpop-profile/ http://www.kpopmap.com/plan-a-boys-prepares-debut-... http://www.newsen.com/news_view.php?uid=2017062317... http://enews24.tving.com/news/article.asp?nsID=124...