Daerah Vienna

Pusat Bersejarah Vienna
Tapak Warisan Dunia UNESCO
Maklumat am
Nama asliWien
LokasiAustria, Allied-occupied Austria, Jerman Nazi, Federal State of Austria, Republik Austria Pertama, Republic of German-Austria, Austria-Hungary, Empayar Austria, Austria
Koordinat48°12′30″N 16°22′23″E / 48.20833°N 16.373064°E / 48.20833; 16.373064
Kawasan414.78 km2 (4.4647×109 ka2) [27]
Kriteriaii, iv, vi
Rujukan1033
Inskripsi2001 (sesi )
Laman sesawangwww.wien.gv.at
Lihat pendokumenan templat ini

Vienna mempunyai 23 wilayah (Bezirke). Pejabat daerah di Vienna (dipanggil Magistratische Bezirksämter) berkhidmat fungsi yang sama dengan negeri-negeri yang lain di Austria (dipanggil Bezirkshauptmannschaften), pegawai-pegawai daerah tertakluk kepada Landeshauptmann (datuk bandar); dengan pengecualian polis, polis di Vienna ditadbir oleh Presiden Polis, sebuah pejabat persekutuan yang menerima arahan Menteri Dalam Negeri.

Sebahagian besar pusat bersejarah Vienna pada hari ini merupakan jasa Innere Stadt, merupakan sebuah kubu yang dikelilingi oleh sawah untuk menghalang daripada serangan luar. Pada 1850, Vienna menjadi wilayah besar apabila 34 kampung dilampirkan ke dalam wilayah Vienna.[28]

Di Vienna, banyak bangunan-bangunan awam, kerajanan, monumen, tugu dan taman yang dibina pada awal abad ke-20. Bangunan-bangunan itu termasuklah Rathaus (dewan bandar), Burgtheater, Universiti Vienna, Parlimen Austria, muzium sejarah semula jadi dan seni halus dan juga tidak ketinggalan, Staatsoper. Hofburg juga terletak di Vienna yang merupakan bekas istana empayar. Stephansdom pula terletak di pusat bandar, pada Stephansplatz.

Dari tahun 1850 sehingga 1904, Vienna menjadi sebuah kota berkembang yang terletak di sebelah kanan sungai Danube. Pada 15 Oktober 1938, berikutan tentera Nazi mengasaskan Vienna Raya yang mempunyai 26 daerah dan 97 pekan da kampung dimasukkan ke dalam Vienna, 80 yang lain dikembalikan kepada wilayah Niederösterreich pada tahun 1954.[29] Sejak itu, Vienna hanya mempunyai 23 daerah. Perindustrian selalunya terletak di lokasi selatan dan timur daerah. Innere Stadt terletak berdekatan dengan angin sejuk dari Danube. Selepas menyeberangi Danube, kita akan menjumpai Pusat Antarabangsa Vienna yang terletak di situ.

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Vienna http://www.wien.gv.at/ http://www.wien.gv.at/english/administration/stati... http://www.wien.gv.at/english/transportation-urban... http://www.wien.gv.at/statistik/pdf/viennainfigure... http://www.wien.gv.at/statistik/wirtschaft/tabelle... http://orf.at/stories/2025548/ http://www.statistik.at/web_de/klassifikationen/re... http://www.statistik.at/web_de/static/bevoelkerung... http://www.wieninternational.at/en/content/vienna-... http://www.wieninternational.at/en/node/19728