Demografi Vienna

Disebabkan perindustrian dan pemindahan daripada negara lain ke Empayar Austria, populasi Vienna meningkat dengan ketara selepas kota ini diisytiharkan sebagai ibu negara Austria-Hungary (1867–1918). Pada tahun 1910, Vienna mempunyai seramai dua juta penduduk dan merupakan bandar keempat teramai di Eropah selepas London, Paris dan Berlin.[18] Bermula abad ke-20, Vienna merupakan bandar kedua teramai penduduk Czech di dunia (seleapas Prague).[19] Ketika peningkatan populasi, sekitar satu daripada tiga penduduk Vienna merupakan orang Slav ataupun keturunan Hungary. Selepas Perang Dunia Pertama, kebanyakan orang Czech dan Hungary pulang ke negara asalnya semula dan menunjukkan penurunan semula penduduk Vienna. Selepas Perang Dunia Kedua, tentera Soviet memaksa pekerja Czech, Slovak dan Hungary untuk pulang ke negara asalnya semula.

Di bawah rejim Nazi, seramai 65,000 orang Yahudi dihantar pulang dan dibunuh oleh tentera Nazi manakala 130,000 orang Yahudi melarikan diri.[20]

Pada tahun 2001, 16% daripada penduduk di Austria merupakan kewarganegaraan luar selain Austria, separuh daripada itu ialah pendatang dari bekas negara Yugoslavia;[21][22] bangsa kedua pula yang menetap di Vienna ialah orang Turki (39,000; 2.5%), Poland (13,600; 0.9%) dan Jerman (12,700; 0.8%).

Pada 2012, laporan rasmi yang dibuat oleh Statistik Austria menunjukkan lebih daripada 660,000 (38.8%) penduduk Vienna berlatar belakang dari negara Republik Czech, Slovakia, Hungary, bekas-Yugoslavia, Turki dan Jerman.[23][24] Dari tahun 2002 sehingga 2012, populasi bandar ini meningkat sebanyak sepuluh peratus.[25] Pada 2012, bandar ini meningkan dengan mendadak seramai 25,000 orang, membuatkan ia bandar yang cepat berkembang dalam negara berbahasa Jerman.[26]

Rujukan

WikiPedia: Vienna http://www.wien.gv.at/ http://www.wien.gv.at/english/administration/stati... http://www.wien.gv.at/english/transportation-urban... http://www.wien.gv.at/statistik/pdf/viennainfigure... http://www.wien.gv.at/statistik/wirtschaft/tabelle... http://orf.at/stories/2025548/ http://www.statistik.at/web_de/klassifikationen/re... http://www.statistik.at/web_de/static/bevoelkerung... http://www.wieninternational.at/en/content/vienna-... http://www.wieninternational.at/en/node/19728