Demografi Vietnam

Wanita Hmong berpakaian tradisional di Sa Pa, Vietnam utara

Setakat 2016[update], populasi Vietnam berada pada sekitar 94.6 juta orang, jauh meningkat dari banci 1979 yang menunjukkan jumlah penduduk Vietnam yang disatukan semula pada 52.7 juta.[51]

Etnik

Menurut banci 2009, suku etnik dominan Viet atau Kinh adalah hampir 73.6 juta orang, atau 85.8% jumlah penduduk. Penduduk Kinh banyak tertumpu di kawasan-kawasan delta lanar dan dataran tepi laut negara. Sebagai masyarakat etnik yang rata-rata homogen, suku Kinh memiliki pengaruh politik dan ekonomi yang besar ke atas negara. Namun begitu, di Vietnam juga tinggalnya 54 buah suku etnik minoriti, antaranya Hmong, Dao, Tay, Thai, dan Nùng. Banyak lagi suku minoriti seperti Muong, yang bersaudara rapat dengan Kinh – tinggal di tanah tinggi yang meliputi dua pertiga wilayah Vietnam. Sebelum Perang Vietnam, populasi Tanah Tinggi Tengah hampir semua dibolot oleh orang Degar (termasuk lebih 40 suku puak); tetapi kerajaan Vietnam Selatan pimpinan Ngô Đình Diệm melaksanakan program untuk memindahkan suku Kinh ke kawasan orang asli.[52] Suku Hoa (etnik Cina)[53] dan Khmer Krom pula tertumpu di tanah pamah. Ekoran ketegangan hubungan China dengan Vietnam pada 1978 dan 1979, kira-kira 450,000 orang Hoa keluar dari Vietnam.[54]Templat:Largest cities of Vietnam

Bahasa

Bahasa rasmi kebangsaan Vietnam tidak lain tidak bukan bahasa Vietnam (Tiếng Việt), sebuah bahasa rumpun Mon–Khmer yang dituturkan oleh majoriti penduduk. Pada awal sejarahnya, Vietnam menulis dalam bahasa Cina. Pada abad ke-13, Vietnam mencipta aksara sendiri yang dipanggil Chữ nôm, disesuaikan dari aksara Cina untuk menulis bahasa sendiri. Kisah epik rakyat Truyện Kiều ("Hikayat Kieu", dahulunya Đoạn trường tân thanh) oleh Nguyễn Du ditulis dalam Chữ nôm. Quốc ngữ, iaitu abjad rumi bagi bahasa Vietnam lisan, dicipta pada abad ke-17 oleh ahli Jesuit Alexandre de Rhodes dan ramai lagi mubaligh Katolik.[55] Quốc ngữ disambut hebat dan membolehkan rakyat jelata Vietnam celik huruf sewaktu zaman penjajahan Perancis.[55]

Etnik minoriti Vietnam tidak kurang juga bahasanya. Antaranya bahasa Tày, Mường, Cham, Khmer, Cina, Nùng, dan H'Mông. Suku Montagnard di Tanah Tinggi Tengah juga bertutur pelbagai bahasa.[56] Juga terciptanya beberapa buah bahasa isyarat di kawasan bandar.

Bahasa Perancis merupakan tinggalan zaman penjajah yang dijadikan bahasa kedua oleh ramai orang Vietnam yang berpendidikan tinggi, khususnya di kalangan generasi lama dan mereka yang menerima pendidikan di bekas negara Vietnam Selatan yang menggunakan bahasa Perancis sebagai bahasa utama dalam pentadbiran, pendidikan dan perdagangan. Vietnam masih menganggotai pertubuhan Francophonie, malah pendidikan telah membangkitkan semula serba sedikit minat terhadap bahasa Perancis.[57][58] Bahasa Rusia dikenali di kalangan sesetengah rakyat yang keluarganya rapat dengan blok Soviet sewaktu Perang Dingin. Ekoran bertambah eratnya Vietnam dengan negara barat, bahasa Inggeris kian diminati sebagai bahasa kedua, malah dijadikan mata pelajaran wajib di sekolah.[59] Bahasa Jepun dan Korea turut dipelajari.

Agama





Religion in Vietnam (2014)[2]

  •      Agama rakyat Vietnam atau tanpa agama (73.2%)
  •      Buddha (12.2%)
  •      Katolik (6.8%)
  •      Caodai (4.8%)
  •      Protestan (1.5%)
  •      Hòa Hảo (1.4%)
  •      Lain-lain (0.1%)
  • Pagoda Tiang Satu, sebuah biara Buddha bersejarah di Hanoi

    Menurut analisis Pew Research Center, pada 2010 sekitar 45.3% rakyat Vietnam memeluk agama pribumi, 16.4% agama Buddha, 8.2% Kristian, 0.4% lain-lain, dan 29.6% lagi tiada agama.[60]

    Menurut laporan Pejabat Statistik Am Vietnam untuk 1 April 2009, 6.8 juta (atau 7.9% daripada jumlah penduduk) menganut agama Buddha, 5.7 juta (6.6%) Katolik, 1.4 juta (1.7%) penganut Hòa Hảo, 0.8 juta (0.9%) penganut Caodai, dan 0.7 juta (0.9%) lagi Protestan. Kesemuanya, 15,651,467 rakyat Vietnam (18.2%) berdaftar dalam agama secara rasmi.[61] Menurut bancian 2009, majoriti besar orang Vietnam mengamalkan suatu bentuk pemujaan tuhan. Menurut laporan 2007, 81% orang Vietnam tidak percaya akan tuhan.[62]

    Tokong utama Cao Đài di bandar Tây Ninh

    Wujudnya beberapa agama minoriti di Vietnam. Terdapat ramai penganut agama Caodai, sebuah agama pribumi yang dibina mencontohi Gereja Katolik. Agama Islam rata-rata dianuti oleh suku minoriti Cham, tetapi juga terdapat sedikit umat Islam etnik Kinh di kawasan barat daya. Jumlah umat Islam di Vietnam kira-kira 70,000 orang.[63]

    Kerajaan Vietnam menyangkal dakwaan bahawa ia melarang kebebasan beragama, dengan menegaskan bahawa semua warganegara bebas memilih kepercayaan dan semua agama sama-rata di bawah undang-undang.[64] Namun begitu, hanya pertubuhan agama yang diluluskan kerajaan dibernarkan; contohnya, Unified Buddhist Church of Vietnam yang ditubuhkan di Vietnam Selatan diharamkan untuk memberi laluan kepada lembaga yang diluluskan oleh kerajaan.[65]

    Pendidikan

    Universiti Kebangsaan Vietnam di Bandaraya Ho Chi Minh.

    Vietnam mempunyai rangkaian sekolah dan institut pengajian tinggi milik negara yang menyeluruh, di samping institusi pendidikan swasta dan separa swasta yang kian berkembang. Pendidikan di Vietnam terbahagi kepada lima kategori, iaitu tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, sekolah tinggi, dan universiti. Sejumlah besar sekolah awam telah dibina di serata negara untuk meningkatkan kadar celik huruf negara yang berada pada 90.3% pada 2008.[66]

    Kebanyakan universiti terunggul di Vietnam bertapak di Hanoi dan Bandaraya Ho Chi Minh. Menghadapi masalah besar, sistem pendidikan Vietnam menjalani program pembaharuan holistik yang dilancarkan oleh kerajaan. Pendidikan tidak percuma, oleh itu sesetengah keluarga miskin sukar membiayai pendidikan anak tanpa bantuan awam mahupun swasta. Namun begitu, kemasukan sekolah adalah antara yang tertinggi di dunia.[67][68]

    Sejak 1995, kemasukan dalam institusi pengajian tinggi mencapai 2 juta orang pada 2012. Menjelang 2014, terdapat 419 buah IPT.[69]

    Kesihatan

    Hospital Bạch Mai di Hanoi

    Pada 2009, jangka hayat seluruh negara Vietnam berada pada 76 tahun bagi wanita dan 72 tahun bagi lelaki,[70] manakala kadar mortaliti bayi adalah 12 per 1,000 kelahiran hidup.[71] Menjelang 2009, 85% populasi dapat mencapai sumber air yang dipertingkat.[70] Namun, malnutrisi masih umum di wilayah-wilayah desa.[72]

    Berkaitan

    Rujukan

    WikiPedia: Vietnam http://www.smh.com.au/travel/vietnam-to-build-high... http://www.stopusa.be/scripts/texte.php?section=CL... http://www.angelfire.com/vt/vietnamesemuslims/hstr... http://www.asianartmall.com/vietnamhistory.htm http://www.businessinsider.com/willem-buiter-3g-co... http://www.bvom.com/resource/vn_history.asp?pConte... http://www.economist.com/specialreports/displaysto... http://www.etravelblackboardasia.com/article.asp?i... http://www.indexmundi.com/vietnam/geography_profil... http://www.indexmundi.com/vietnam/waterways.html