Etimologi Vietnam

Nama Việt Nam (Vietnamese pronunciation: [viə̀t naːm]) adalah variasi dari Nam Việt ("Việt Selatan"), nama yang dapat ditelusuri kembali kepada Dinasti Triệu pada abad ke-2 ke-SM.[13] Perkataan Việt berasal daripada singkatan bagi Bách Việt, sekumpulan kaum-kaum yang tinggal di selatan China dan Vietnam.[14] Rupa nama "Vietnam" (越南) pertama kali tercatat pada abad ke-16 oleh puisi ramalan Sấm Trạng Trình. Nama ini juga telah ditemui pada 12 buah stele (prasasti) yang terukir pada abad ke-16 dan ke-17, termasuk satu di Pagoda Bao Lam di Haiphong bertarikh 1558.

Pada 1802, Nguyễn Phúc Ánh menubuhkan Dinasti Nguyễn, dan pada tahun kedua, beliau memohon perkenan Maharaja Jiaqing di Qing (China) untuk mengurniakan felaran 'Raja Nam Viet' kepada beliau, namun Urus Setia Tertinggi kerajaan Qing dinasti menegaskan bahawa nama Nam Viet termasuklah kawasan-kawasan dalam wilayah Guangxi dan Guangdong di China.

Antara 1804 dan 1813, nama Vietnam digunakan secara resmi oleh Maharaja Gia Long. Ia kembali pada awal abad ke-20 menerusi karya Sejarah Kehilangan Vietnam oleh Phan Bội Châu, dan kemudian oleh Parti Nasionalis Vietnam.[15] Negara ini biasanya dipanggil Annam hingga Mei 1945, apabila kedua-dua pihak maharaja di Huế dan pemerintah Viet Minh di Hanoi menerima pakai Việt Nam.[16]

Rujukan

WikiPedia: Vietnam http://www.smh.com.au/travel/vietnam-to-build-high... http://www.stopusa.be/scripts/texte.php?section=CL... http://www.angelfire.com/vt/vietnamesemuslims/hstr... http://www.asianartmall.com/vietnamhistory.htm http://www.businessinsider.com/willem-buiter-3g-co... http://www.bvom.com/resource/vn_history.asp?pConte... http://www.economist.com/specialreports/displaysto... http://www.etravelblackboardasia.com/article.asp?i... http://www.indexmundi.com/vietnam/geography_profil... http://www.indexmundi.com/vietnam/waterways.html