Saga Viking

Mitos Norse, Saga Norse dan Kesusasteraan Norse Kuno memberitahu kita tentang agama mereka melalui kisah kewiraan dan mitos wira. Bagaimanapun, penyiaran dari maklumat ini utamanya lisan, dan kita bergantung kepada penulisan ilmiawan Kristian (kemudian) seperti Snorri Sturluson dan Sæmundur "fróði" ("yang Bijak") Sigfússon untuk kebanyakan ini, kedua-dua dimana merupakan orang Iceland. Kadar saga terlebihan telah ditulis di Iceland.

Di dalam saga tersebut, Viking digambarkan sebagai menyerang sasaran yang mudah diceroboh dan tidak dipertahankan, biasanya dengan mudah. Saga tersebut menyatakan bahawa Viking membina penempatan dan mahir dalam kerja pertukangan dan perdagangan. Keberanian dan kekejaman mereka dalam pertempuran direkodkan dengan jelas oleh penulis masa itu, dan mereka ditakuti sepanjang persisiran Perancis dan England. Keberkesanan taktik ini memberikan mereka reputasi tiada tandingan sebagai perompak dan lanun, tetapi penulis masa itu tidak memberi perhatian kepada aspek kebudayaan Viking yang lain. Keadaan ini diburukkan lagi dengan ketiadaan sumber asal dokumen bertulis utama dari pihak masyarakat Viking itu sendiri, dan hanya sedikit dokumen bukti ada sehingga kemudian, apabila sumber Kristian mulai menyumbang. Ianya hanya selepas beberapa ketika, ketika pakar sejarah dan arkhaeologi mempersoal gambaran berat sebelah penulis silam(chroniclers), barulah gambaran yang lebih seimbang mengenai Norsemen mula jelas. "Penempatan Viking" terkenal, Jomsborg, pada masa ini dianggap lagenda sebagai para sejarahwan; ia kemungkinannya tidak hanya sekadar perkampungan lanun Slavic.