Viktor_Krum
Viktor_Krum

Viktor_Krum

Viktor Krum adalah watak rekaan dalam siri Harry Potter karangan J.K. Rowling yang muncul dalam siri keempat, iaitu Harry Potter and the Goblet of Fire. Dalam filem, Krum dilakonkan oleh aktor yang berasal dari Bulgaria, Stanislav Ianevski.Nama Krum berkemungkinan berasal dari "Krum", seorang Khan yang memerintah Bulgaria pada abad ke-9. Victor berarti pemenang, atau penakluk.Krum adalah Seeker Pasukan Quidditch Bulgaria. Beliau adalah pemain yang berbakat, terbukti dengan mampu menjadi ahli pasukan kebangsaan pada usia yang sangat muda.Krum dan beberapa rakan Durmstrang telah pergi ke Hogwarts sebagai calon untuk Kejohanan Ahli Sihir Trio. Krum terpilih sebagai wira Durmstrang. Krum menghadapi dua kenyataan yang tidak menyenangkan, iaitu sebagai wakil dari Durmstrang yang memiliki reputasi tidak begitu baik kerana mengajarkan Ilmu Hitam kepada pelajarnya; dan di samping itu juga menjadi pujaan (terutama bagi gadis-gadis) kerana popularitinya sebagai Seeker.Dalam filem, Rita Skeeter menyebutnya sebagai "Bulgarian Bon-Bon" (si kacak Bulgaria).Tongkat sihir Krum diperbuat daripada tanduk dan pembuluh jantung naga. Panjangnya sepuluh seperempat inci (25.5 cm). Ciptaan Gregorovitch, lebih tebal daripada yang biasa dilihat, agak tegar.Ketika Perlawanan Akhir Piala Dunia Quidditch antara Bulgaria dan Ireland, beliau menangkap snitch, walaupun kemenangan beroleh kepada Ireland.