Sejarah Villeneuve-d'Ascq

Villeneuve-d'Ascq boleh disusul kembali asal-usulnya hingga Gaul Celt, dan terdiri daripada dua buah anak bukit feudal, iaitu tapak Gallo-Rom dan lagi satu, tapak Carolingian.

Tapak ini dipilih pada dekad 1960-an untuk menempatkan bandar baru Lille-Est yang bertujuan untuk menyalurkan pembangunan kelompok-kelompok kawasan pinggir bandar. Komun Villeneuve d'Ascq ditubuhkan pada tahun 1970 melalui penggabungan tiga buah komun (Ascq, Annappes dan Flers). Namanya membangkitkan bandar raya baru serta peringatan Ascq sebagai sebuah bandar raya syahid. Pada 1 April 1944, tentera Nazi telah membunuh 86 orang di tempat ini.