Virus

Virus adalah ejen kecil berjangkit yang hanya boleh berkembang biak di dalam sel organisma hidup. Virus boleh menjangkiti semua jenis organisma, dari haiwan, tumbuh-tumbuhan, bakteria dan arkea. Virus juga merupakan sejenis parasit intrasel obligat yang membiak dengan cara menawan sel-sel lain kerana mereka tidak berupaya untuk membiak sendiri.Istilah virus biasanya merujuk kepada zarah-zarah yang menjangkiti eukariot (organisma multisel dan organisma unisel) manakala istilah faj digunakan untuk zarah-zarah yang menyerang prokariot (bakteria dan organisma seperti bakteria). Kebiasaannya, zarah-zarah ini membawa asid nukleik DNA mahupun RNA yang dilindungi dengan lapisan pelindung daripada protein atau gabungan protein-lipid.