Kuda Troy (komputer)Virus komputer adalah nama yang diambil dari
virus biologi, merupakan
program komputer yang berupaya menyalin dirinya sendiri dan menjangkiti komputer tanpa kebenaran ataupun pengetahuan pengguna. Bagaimanapun perkataan virus biasanya digunakan bagi merujuk kepada pelbagai jenis perisian perosak yang berlainan. Virus yang asal mungkin mengubah suai salinannya atau salinan itu sendiri yang mengubah suai dirinya, seperti dalam
virus metamorf. Virus hanya boleh tersebar apabila hosnya sampai ke komputer lain, contohnya melalui rangkaian atau perantara mudah alih seperti
cakera liut,
cakera padat atau
pemacu kilat USB. Selain itu, virus juga boleh merebak dengan menjangkiti fail pada
sistem fail rangkaian atau mana-mana sistem fail yang dicapai komputer lain.Sesetengah virus direka untuk menjejaskan komputer dengan merosakkan
atur cara, menghapuskan fail, atau memformat semula
cakera keras, manakala virus-virus yang lain direka bukan untuk merosakkan apa-apa, tetapi hanya untuk menyalin diri dan mungkin untuk menonjolkan kewujudannya melalui pemaparan teks, video, atau pesanan audio. Walaupun virus yang kedua ini tidak berbahaya, ia juga boleh menimbulkan masalah kepada pengguna komputer kerana ia menelan
ingatan komputer yang digunakan oleh atur cara yang sah. Oleh yang demikian, ia seringnya mengakibatkan tindakan yang tidak menentu dan boleh mengakibatkan kerosakan sistem. Selain itu, banyak virus juga mengandungi
pepijat yang boleh mengakibatkan kerosakan sistem dan
kehilangan data.Virus komputer kekadangnya dikelirukan dengan
cecacing komputer dan "
kuda Troy". Kedua-dua ini berbeza dari segi bahawa cecacing boleh merebak ke komputer yang lain tanpa memerlukannya dipindahkan sebagai sebahagian fail perumah, manakala "kuda Troy" adalah fail yang kelihatan tidak berbahaya sehingga ia dipakai dan dilaksanakan. "Kuda Troy" juga tidak memasukkan kodnya ke dalam fail-fail komputer yang lain berbanding dengan virus komputer biasa.Banyak
komputer peribadi kini dihubungkan dengan
internet serta
rangkaian kawasan setempat dan dengan itu, memudahkan perebakan virus. Ia mengambil kesempatan yang diberikan oleh perkhidmatan rangkaian seperti sistem-sistem
Jaringan Sejagat,
e-mel, dan
pengongsian fail untuk merebak dan dengan itu, mengaburi perbezaan antara virus dengan cecacing komputer. Tambahan pula, sesetengah sumber menggunakan istilah alternatif yang mentakrifkan virus sebagai mana-mana bentuk
perisian jahat penyalinan diri.