Visigoth dan
Ostrogoth adalah 2 cabang dari suku kaum
Goth yang tinggal di
Eropah di akhir kekuasaan
Empayar Rom. Raja Visigoth yang paling terkenal adalah
Alaric I, yang berjaya menakluki
Rom pada tahun 410 Masihi. Setelah kejatuhan Empayar Rom, Visigoth memegang peranan penting di
Eropah Barat selama dua setengah abad.Suku kaum Goth bermukim di
Dacia sehingga tahun
376, ketika salah satu pemimpin mereka,
Fritigern, memohon kepada maharaja Rom
Valens agar mereka dapat tinggal di pinggiran selatan sungai
Donau. Di sini mereka berlindung dari ancaman suku kaum
Hun. Namun daerah ini dilanda
kelaparan dan Rom tidak mahu memberi makanan. Mereka kemudian memberontak selama 6 tahun, dan dalam
Pertempuran Adrianople melawan tentera Rom dan membunuh Maharaja Valens. Maharaja yang baru,
Theodosius I, telah mengambil langkah berdamai dengan para pemberontak. Perdamaian ini telah bertahan sehingga Theodosius meninggal dunia pada tahun
395. Tahun itu juga, raja Visigoth Alaric I telah menaiki takhta pemerintahan, sementara Theodosius digantikan oleh anak-anaknya
Arcadius di timur dan
Honorius di barat. Alaric telah melaksanakan peperangan dan menakluki Rom pada
24 Ogos 410, dan ibukota Rom dipindahkan ke
Ravenna.