Visoko ialah satu bandar di pertengahan
Bosnia dan Herzegovina dengan jumlah penduduk lebih kurang 17,000. Ia terletak di pertengahan jalan di antara
Zenica dan
Sarajevo. Visoko terletak di
sungai Bosna, di mana
sungai Fojnička bertemu dengannya. Ia ditadbir sebagai kanton
Zenica-Doboj Persekutuan.Kawasan Visoko pada asalnya merupakan pusat negara
Bosnia pada zaman pertengahan. Pada ketika pemerintahan
empayar Uthmaniyyah, bandar Visoko diasaskan oleh
Ajas-beg. Selepas pengambilalihan pemerintahan oleh empayar Austro-Hungary, Visoko bangunan yang baru tetapi masih bercirikan Uthmaniyyah yang bersifat Asia. Pada zaman
Yugoslavia, Visoko sebagai bandar tidak mendapat pembangunan yang banyak, dan pada
Perang Dunia II bandar itu sendiri tidak mendapat banyak kesan kerosakan. Era pemerintahan
komunis di Yugoslavia memperlihat bandar ini semakin berkembang. Perang saudara yang berlaku di Bosnia turut melihat penglibatan bandar ini yang dikawal tentera
BiH semasa empat tahun peperangan berlangsung. Pada hari ini, Visoko ialah satu bandar yang mempunyai budaya dan sejarah yang kaya, tetapi ekonominya telah merosot berbanding sebelum era peperangan saudara.