Vokal

Dalam bidang fonetik, vokal ialah satu komponen penting dalam bahasa lisan yang disebut dengan membuka saluran vokal agar tekanan udara tidak terkumpul di mana-mana di atas glotis, berbeza dengan konsonan yang mana adanya tutupan atau sumpatan di mana-mana sepanjang saluran vokal. Vokal juga difahami sebagai sukuan; bunyi dari mulut terbuka tetapi bukan sukuan dipanggil separuh vokal. Perkataan vokal berasal dari perkataan Latin vocalis yang bermaksud "bertutur", kerana dalam kebanyakan bahasa, perkataan dan perbualan tidak menjadi tanpa bunyi vokal. Vokal juga merujuk kepada huruf-huruf yang digunakan untuk menuliskan bunyi vokal (A, E, I, O, U).