Sejarah Wad_khas_di_Tokyo

Perkataan istimewa disini digunakan bagi membezakan daripada wad-wad (区 ku) yang lain di bandar-bandar besar Jepun. Sebelum tahun 1943, wad-wad bandar Tokyo adalah tidak mempunyai perbezaan langsung dengan mana-mana wad seperti di Osaka atau Kyoto. Pada 15 Mac 1943, apabila kerajaan peringkat bandar dan wilayah Tokyo digabungkan menjadi satu kerajaan wilayah, wad-wad ini diletakkan dibawah kuasa penuh peringkat wilayah. 35 bekas buah wad di Tokyo telah digabungkan menjadi 22 buah wad pada 15 Mac 1947 sebelum maksud sebenar keatas wad khas diberikan oleh Undang-undang Autonomi Tempatan secara sah, yang kemudiannya telah dikuatkuasakan pada 3 Mei tahun yang sama. Wad yang ke-23, Nerima telah dibentuk pada 1 Ogos 1947.

Sejak tahun 1970, wad-wad khas Tokyo telah melakukan banyak latihan dalam mempertimbangkan pemberian autonomi yang lebih daripada wad di bandar-bandar lain, menjadikan wad khas Tokyo ini seperti sebuah bandar yang mampu berdiri sendiri daripada sebuah daerah. Setiap satu wad mempunyai dato’ bandar (区長 kuchō) yang dilantik sendiri bersama jabatan-jabatannya (区議会 kugikai). dalam tahun 2000, Diet Jepun telah menetapkan bahawa wad khas ini sebagai entiti awam tempatan (地方公共団体 chihō kōkyō dantai), yang menjadikan wad khas ini mendapat status secara sah sama seperti bandar-bandar lain.

Setiap wad khas Tokyo ini mempunyai keluasan yang sangat besar iaitu (dari 10 hingga 60 km²) dan kadar populasinya (dari kurang daripada 40,000 hingga 830,000 orang) dan terdapat juga sebahagian wad-wad ini berkembang sehingga ke pulau buatan sendiri yang dibina. Setagaya mempunyai penduduk yang paling ramai, manakala jirannya pula, Ōita mempunyai kawasan yang paling luas antara wad-wad khas di Tokyo.

Sehingga 1 Oktober 2005, jumlah populasi penduduk di 32 buah wad khas Tokyo ini mencecah 8,483,140 orang, lebih kurang 2/3 daripada penduduk Tokyo dan ¼ penduduk kawasan metropolis Tokyo. Kesemua wad-wad ini mempunyai kepadatan penduduk seramai 13,800 setiap kilometer persegi (bersamaan dengan 35,600 batu persegi). Sehingga bulan Ogos 2008, kadar populasi penduduk telah meningkat menjadi 8,731,434 berdasarkan Agensi Statistik Jepun.

Berkaitan