Tempat Wad_khas_di_Tokyo

Kebanyakkan kawasan kejiranan yang penting-penting berada di sekitar wad-was khas Tokyo seperti:

Akasaka Sebuah kawasan yang mempunyai pelbagai restoran, kelab dan hotel; kebanyakkan tempat ini mempunyai laluan perjalan kaki, menjadikan penduduk tempatan berasa seperti berjalan dikawasa kejiranan. Bersebelahan dengan Roppongi, Nagatachō, dan Aoyama.Akihabara Sebuah kawasan membeli-belah yang tersusun rapi bagi barangan seperti elektronik dan barang-barang Otaku.Aoyama Bersebelahan dengan Tokyo dengan kawasan riadah, tanah perkuburan, kawasan perumahan yang mahal, kedai-kedai terkini dan restoran antarabangsa. Termasuklah stesen bawah tanah Omotesandō.Ginza dan Yūrakuchō Kawasan yang penuh dengan pusat membeli-belah dan hiburan dan jabatan stor, kedai-kedai yang menjual barangan berjenama dan panggung wayang.Harajuku Dikenali dengan nama jalan tersebut (fesyen remaja).Ikebukuro Kawasan pertukaran antara pusat Tokyo utara yang paling sibuk, yang pelbagai barangan membeli-belah serta bandar Sunshine.Jinbōchō Pusat Tokyo yang menawarkan kedai-kedai buku terpakai serta kawasan barangan antik.Marunouchi dan Ōtemachi Kawasan tumpuan di Tokyo ini disebabkan oleh aktiviti-aktiiti perniagaan dan kewangan seperti ibu pejabat bank, syarikat perdagangan dan beberapa lagi badan-badan korporat yang lain. Kawasan ini menunjukkan pembikinan semula bangunan-bangunan baharu bagi tempat membeli-belah dan hiburan yang didirikan dihadapan stesen Tokyo Marunouchi.Nagatachō Kawasan nadi utama Tokyo dan negara Jepun dimana di lokasi ini terdapat Diet, menteri-menteri kerajaan dan ibu pejabat parti-parti Jepun.Odaiba Kawasan yang sangat besar yang menjadi salah satu tarikan ke Tokyo dengan menawarkan pelbagai tempat membeli-belah dan hiburan.Omotesandō Dikenali kerana menawarkan barangan secara besar-besaran di pusat membeli-belah.Roppongi Kawasan bukit Roppongi yang mempunyai pemandangan yang luar biasa pada waktu malam serta menjadi tumpuan kehadiran pengujung Barat.Ryōgoku Kawasan nadi kepada dunia sumo. Rumah kepada Ryōgoku Kokugikan serta banyak kawasan heyaShibuya Kawasan yang paling tua yang menawarkan pelbagai barang membeli-belah, fesyen, hiburan waktu malam serta budaya belia.Shinagawa Penambahan hotel-hotel di sebelah barat stesen Shinagawa menjadikan kawasan yang kurang maju di bahagian timur stesen Shinagawa bangun dengan menjadi pusat perniagaan.Shinbashi Sebuah kawasan yang sangat rancak dengan kompleks bangunan-bangunan tinggi yang menjadi pintu jalan ke Odaiba dan Shiodome Shiosite.Shinjuku Lokasi bangunan-bangunan Kerajaan Metropolis Tokyo. Kawasan ini lebih dikenali sebagai bandar pertama pencakar langit, kerana telah berdiri seawal sekitar tahun 1970. Banyak jabatan stor-stor, stor elektronik, dan hotel boleh ditemui di sini. Disebelah bahagian timur Stesen Shinjuku, Kabukichō terkenal dengan kawasan kelab malamnya. Stesen Shinjuku dikatakan membawa 3 Juta pengguna setiap hari, menjadikan ianya sebagai tempat paling sibuk di dunia.Ueno Stesen Ueno menyediakan perkhidmatan kereta api ke bahagian utara Tokyo. Selain itu, kawasan ini menyediakan pelbagai jabatan-jabatan stor dan kedia di Ameyoko, taman Ueno, Zoo Ueno dan muzium negara.

Berkaitan