Wahah
Wahah

Wahah

Dalam geografi, sebuah wahah atau oasis ialah sebuah kawasan terpencil kehijauan di sebuah gurun, biasanya mengeliling sebuah mata air atau sumber air yang mirip. Wahah juga memberikan habitat untuk haiwan dan manusia jika kawasan itu cukup besar.Lokasi wahah telah menjadi kepentingan kritikal untuk jalan perdagangan dan angkutan di kawasan-kawasan gurun. Kabilah-kabilah harus mengambara melalui wahah supaya bekalan air dan makanan dapat ditambah. Oleh itu, kawalan politik atau ketenteraan sebuah wahah telah dalam banyak perkara bermakna kawalan perdagangan pada jalan yang khusus; wahah Awjila, Ghadames dan Kufra yang terletak di Libya hari ini contohnya telah banyak pelbagai kali menjadi titik penting perdagangan di Sahara Utara-Selatan dan Timur-Barat.