Wakaf_Bharu

Wakaf Bharu merupakan sebuah pekan dan daerah di Jajahan Tumpat, Kelantan. Ia terletak kira-kira 19 kilometer dari Tumpat dan 5 kilometer dari bandar Kota Bharu melalui Laluan Persekutuan Malaysia 3 dan Laluan Persekutuan Malaysia 134.Wakaf Bharu mempunyai sebuah pasar, Pasar Wakaf Bharu. Pasar Wakaf Bharu adalah pasar terbesar dan paling sibuk di dalam Jajahan Tumpat[1]. Pekarangan pasar ini sesak pada setiap pagi Jumaat kerana terdapat sebuah pasar pagi yang dikenali sebagai "Pasar Jumaat".