Malaysia Wakil_rakyat

Gelaran bagi seseorang wakil rakyat ialah Yang Berhormat atau "YB", yakni sama seperti senator juga. Suatu ketika dahulu terdapat kecenderungan untuk menterjemahkan maksud YB daripada Yang Berhormat kepada Yang Berkhidmat. Namun setakat mana kejayaan usaha tersebut tidak dapat dipastikan.

Pada Pilihan Raya Umum Malaysia ke-12, sebanyak 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri dipertandingkan di seluruh negara (tidak termasuk Sarawak yang mengadakan pilihan raya kerajaan negerinya secara berasingan). Hal ini bermakna selepas keputusan pilihan raya tersebut diketahui, Malaysia akan mempunyai 727 orang wakil rakyat baru (tidak termasuk Sarawak yang mempunyai 71 kerusi dewan undangan negeri).