Kegunaan Waktu_Universal_Selaras

Waktu ini digunakan dalam pelbagai piawaian Internet dan Jaringan Sejagat. Suatu sistem yang direka khas untuk menyelaraskan waktu komputer-komputer di seluruh Internet iaitu Protokol Masa Rangkaian, mengekodkan waktu-waktu ini menggunakan sistem waktu tersebut.[4] Pelayan komputer, perkhidmatan dalam talian serta entiti lain yang bergantung kepada waktu yang diterima secara universalnya menggunakan UTC yang lebih terperinci berbamding GMT. Para klien boleh mendapatkan waktu semasa terkini daripada pelayan internet UTC yang rasmi jika ketepatan yang dingini adalah terhad. Mereka yang inginkan ketepatan yang lebih sehingga ke mikrosaat pula boleh mendapatkan waktu sebenar daripada isyarat satelit.

UTC juga merupakan piawaian waktu yang digunakan dalam penerbangan,[5] misalnya untuk tujuan rancangan penerbangan dan kebenaran lalu lintas udara. Kesemua ramalan dan peta cuaca menggunakan piawaian ini untuk mengelakkan kekeliruan mengenai zon waktu dan waktu jimat siang. Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa turut menggunakan UTC sebagai piawaian waktunya.