Pemerintahan Wali

Wali (Al-Wulat) ialah orang yang diangkat oleh Khalifah sebagai penguasa/pemerintah untuk suatu wilayah serta menjadi Amir (pemimpin) di wilayah tersebut. Daulah Khilafah yang diperintah oleh Khalifah dibahagi kepada beberapa bahagian yang disebut wilayah. Setiap wilayah dibahagi kepada beberapa bahagian dan setiap bahagian disebut Imalah. Setiap orang yang memimpin wilayah disebut Wali (atau Amir) dan orang yang memimpin Imalah disebut Amil. Para wali adalah penguasa (Hukkam) di wilayahnya kerana bidang kuasanya dalam hal ini adalah bidang kuasa pemerintahan.

Jabatan Wali memerlukan adanya (akad) pengangkatan dari Khalifah atau orang yang mewakili Khalifah dalam melaksanakan pengangkatan itu. Dalil adanya jawatan Wali atau Amir ini adalah berdasarkan tindakan Nabi Muhammad s.a.w. yang mengangkat para Wali di pelbagai negeri/wilayah. Baginda telah mengangkat Muaz ibn Jabal menjadi Wali di wilayah Janad, Ziyad bin Walid di wilayah Hadramaut dan Abu Musa Al-Asya'ari di wilayah Zabid dan Adn. Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam telah memilih para Wali dari orang-orang yang memiliki kelayakan (kemampuan dan profesionalisme) untuk memegang urusan pemerintahan di samping memiliki ilmu dan terkenal ketakwaannya. Hal ini (pelantikan Wali) diteruskan lagi oleh para Khulafa’ Rasyidin di sepanjang pemerintahan mereka.

Di zaman moden pula, istilah wali ada digunakan di Indonesia, dengan walikota mentadbir suatu bandar.