Walt_Disney
Walt_Disney

Walt_Disney

Walter Elias Disney atau lebih dikenali sebagai Walt Disney (Tulisan Jawi: ولتر ايلياس ديثني; 5 Disember 190115 Disember 1966) adalah seorang penerbit filem, sutradara, juruanimasi dan pelakon suara warganegara Amerika Syarikat yang terkemuka dan kuat berpengaruh dalam bidang hiburan pada abad ke-20. Sebagai pengasas Walt Disney Productions (bersama abangnya Roy O. Disney), Disney merupakan salah seorang penerbit filem tersohor di dunia. Perbadanan yang diasaskannya, kini dikenali sebagai The Walt Disney Company, kini menikmati hasil pendapatan tahunan sebanyak lebih kurang AS$ 35 bilion.Disney terkenal khususnya sebagai seorang penerbit filem dan pengusaha hiburan yang cemerlang, di samping menunjukkan daya inovasi dalam bidang animasi dan reka bentuk taman tema. Beliau bersama kakitangannya telah menghasilkan sebilangan besar watak cereka terkenal termasuk watak animasi Mickey Mouse yang pernah disuarakan oleh Disney sendiri selaku pelakon suara sulungnya. Beliau meraih 59 pencalonan Anugerah Akademi, dengan 26 dimenanginya, termasuk empat dalam setahun,[2] menjadikannya individu yang paling banyak memenangi anugerah dan pencalonan Oscar dalam sejarah. Selain itu, beliau juga meraih tujuh Anugerah Emmy. Taman-taman tema Disneyland dan Walt Disney World Resort di Amerika Syarikat, Jepun, Perancis dan China dinamakan sempena beliau.

Rujukan

WikiPedia: Walt_Disney http://www.mbam.qc.ca/disney/index_en.html http://www.allacademic.com/meta/p114070_index.html http://www.anaheimwalkofstars.com/index.php http://www.animationusa.com/resources/aboutdisney.... http://www.animationusa.com/resources/aboutwb.html http://www.awn.com/mag/issue2.4/AWNMag2.4.pdf http://www.bcdb.com/bcdb/cartoon.cgi?film=15&m=r http://www.britannica.com/eb/article-9096160/Donal... http://www.britannica.com/eb/article-9106382/Fleis... http://www.findagrave.com/cgi-bin/fg.cgi?page=gr&G...