Walt_Disney_Parks_and_Resorts

Walt Disney Parks and Resorts, ialah segmen syarikat Walt Disney yang merancang, membina dan menguruskan taman tema dan tempat peranginan milik syarikat ini, dan juga beraneka perusahaan istirahat berorientasikan keluarga yang lain. Ia merupakan salah satu daripada empat segmen perniagaan utama syarikat, di samping segmen Consumer Products (barangan pengguna), Media Networks (rangkaian media), dan Studio Entertainment (hiburan dan perfileman).Divisi taman tema ini diasaskan pada tahun 1971 dengan nama Walt Disney Attractions ketika pembukaan taman tema kedua Disney, iaitu Magic Kingdom di Walt Disney World Resort di Florida, sebagai pelengkap Disneyland asal di California.