Wan_Maimunah

Wan Maimunah binti Wan Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Wan Maimunah merupakan seorang pelakon di Malaysia[1]. Pelakon berasal dari Tebrau, Johor ini, pemenang Artis Komedi Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian untuk 5 tahun berturut-turut pada edisi 1992 - 1996/1997.Wan Maimunah mula menceburi bidang lakonan secara serius pada tahun 1972, dan merupakan pelakon serba boleh yang mampu membawakan apa sahaja watak yang ditawarkan padanya. Beliau juga lebih terkenal dengan watak air mata yang paling melekat di mata peminatnya.