Kerjaya Wani_Kayrie

Wani mula menyanyi seawal usia 6 tahun dan pernah menyertai satu pertandingan nyanyian di Los Angeles, California, Amerika Syarikat enam tahun kemudian.[3]

Beliau mengikat kontrak bersama Suria Records (SRC) yang pernah menaungi Datuk Siti Nurhaliza dan seterusnya muncul bersama single sulungnya, "Jangan Jangan". Lagu ini mendapat sambutan hangat dengan mencatatkan jumlah tontonan seramai 1 juta di YouTube dalam masa dua bulan.[4]

Wani mewakili Malaysia ke pertandingan World Championship Of Performing Arts (WCOPA) yang berlangsung di Hollywood, California, Amerika Syarikat pada Julai 2018. Beliau merupakan antara 15 yang terpilih untuk mewakili negara daripada 30 peserta yang bersaing untuk merebut tempat secara keseluruhan.[5] Wani menyertai pertandingan Big Stage dan bersaing bersama rakan-rakan BBNU (Budak Baru Nak Up) bagi menempa nama dalam industri muzik tanah air. Peserta yang terlibat termasuk Sarah Suhairi, Ariff Bahran, Afieq Shazwan, Andi Bernadee, Tajul Ariff, Fara Hezel, Syafiq Farhain, Baby Shima dan Sissy Imann.[2][6]

Beliau mengumumkan pada Januari 2019 bahawa tidak akan menyambung kontraknya bersama Suria Records yang akan tamat pada September.[7]

Persembahan Big Stage

Berikut ialah lagu-lagu yang ditugaskan untuk dipersembahkan oleh beliau ketika konsert mingguan Big Stage:

Persembahan dan keputusan Big Stage 2018
KonsertLaguPenyanyi asalKeputusan
Minggu 1"Jangan Jangan"Dirinya sendiriTERSELAMAT
Minggu 2"Akan Ku Tunggu"CandyTERSELAMAT
Minggu 3"Sampai Bila"

(duet bersama Hael Husaini)

Misha OmarTERSELAMAT
Minggu 4"Sayang"Via VallenTERSELAMAT
Minggu 5"Luluh"Khai BaharTERSELAMAT
Minggu 6"Getaran Cinta Di Jiwa"Liza HanimTERSELAMAT
"Jampi"

(duet bersama Afieq Shazwan)

Hael HusainiTERSELAMAT
Minggu 7

(Separuh Akhir)

"Crazy In Love"Beyoncé KnowlesTERSELAMAT
"Nisan Cinta"

(duet bersama Siti Sarah)

Jaclyn Victor dan Siti NordianaTERSELAMAT
Minggu 8 (Akhir)"Pematah Hati"Nabila RazaliTEMPAT KEEMPAT
"Saat Terindah" (Lagu baru)Dirinya sendiriTEMPAT KEEMPAT

Rujukan

WikiPedia: Wani_Kayrie http://www.azhan.co/biodata-wani-kayrie-penyanyi-l... http://www.kosmo.com.my/hiburan/gambar-nama-disala... http://www.kosmo.com.my/terkini/penyanyi-wani-kayr... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... http://www.sinarharian.com.my/hiburan/wani-kayrie-... http://www.sinarharian.com.my/hiburan/wani-kayrie-... http://www.sinarharian.com.my/hiburan/wani-kayrie-... https://www.facebook.com/WaniKayrie https://www.instagram.com/WaniKayrie/ https://www.malaymail.com/news/showbiz/2019/05/13/...