Kontroversi Wann

Di minggu pertama, nyanyian Wann dikritik oleh salah seorang juri iaitu Hetty Koes Endang kerana terlalu banyak bunyi desahan ketika menyampaikan lagu Bossanova sehingga sebutan lirik menjadi kurang jelas. [10]

Semasa konsert di minggu ke-4, busana yang digayakan oleh Wann telah dikatakan menciplak rekaan salah seorang pereka fesyen terkenal. Menurut pereka fesyen busana yang dipakai oleh Wann, rekaan tersebut adalah mengikut konsep yang sesuai seperti yang diberikan oleh pihak pengurusan dan produksi Astro. [11]

Pada minggu ke-7, Wann menerima kritikan yang kurang menyenangkan oleh sebahagian netizen apabila diumumkan tidak tersingkir kerana pihak pengurusan dan produksi Astro telah menambahkan bilangan minggu konsert tersebut walaupun beliau berada di kedudukan paling rendah dan turut berkongsi markah yang sama dengan Sham Visa. Wann sememangnya sudah bersedia untuk disingkirkan seandainya namanya tidak tersenarai untuk meneruskan perjuangan di minggu yang ke-8. [12] Beliau akan terus mencuba untuk membuat persembahan yang terbaik sekiranya masih diberikan peluang bertanding di dalam program tersebut.

Pada minggu ke-9, Wann sekali lagi menerima hentaman daripada netizen kerana diumumkan terselamat daripada tersingkir dengan mendapat kedudukan paling rendah walaupun keputusan tersebut adalah ditetapkan sendiri oleh pihak pengurusan dan produksi Astro. Wann sebenarnya sudah bersedia untuk disingkirkan namun masih diberi peluang untuk membuat persembahan pada minggu separuh akhir. Bagi Wann, perkara itu adalah adat pertandingan dan terpulang pada juri-juri untuk membuat penilaian. Beliau langsung tidak mengetahui tentang keputusan yang telah diputuskan oleh pihak Astro. [13]

Rujukan

WikiPedia: Wann http://www.astroawani.com/berita-hiburan/gv2019-ki... http://www.gempak.com/artikel/29247/saya-memang-se... http://www.gempak.com/artikel/29773/dua-kali-saya-... https://wann-rashidah.blogspot.com/2017/02/arkib-b... https://wann-rashidah.blogspot.com/2017/02/profil-... https://wann-rashidah.blogspot.com/2017/02/wann-da... https://wann-rashidah.blogspot.com/2017/04/wann-bu... https://www.budiey.com/makan-malam-wann/ https://www.facebook.com/Wann https://infosebenar.com/ini-sebabnya-astro-sanggup...