Wany_Hasrita

PopPelakonWany HasritaInstagram : @wanyhasritaNurshazwany Hasrita bin Hasbullah atau nama komersialnya Wany Hasrita (lahir 24 Disember 1992) merupakan penyanyi Malaysia yang popular dengan lagu single pertamanya, iaitu Menahan Rindu'. Wany berasal dari Bagan Datoh, Perak, dan kini menetap di Kuala Lumpur. Pada 2016, Wany Hasrita telah menandatangani kontrak untuk bernaung di bawah syarikat rakaman FMC Music (Fantasia Music City). Setelah dua tahun menjadi artis di bawah label rakaman itu, beliau berjaya mengeluarkan beberapa buah single hit antaranya Ewah-ewah, Terlalu Memuja dan Belenggu Rindu.Pada tahun 2019, Wany keluar syarikat rakaman FMC Music yang meletak jawatan berkuasa pada 31 Disember 2019 sekian lama ini.Dan kini, beliau ada syarikat rakaman baharu iaitu pada 1 Januari 2020 akan bersama artis Siti Nordiana, Nabila Razali, Khai Bahar dan ramai lagi.Beliau merupakan artis rakaman FMC Music dan mempunyai kelab peminat rasmi, @wanyhasnizers [2] yang sentiasa menyokong kariernya. Di YouTube, lagu single pertamanya, iaitu Menahan Rindu ditonton melebihi 33 juta manakala lagu duetnya bersama Tajul Ariff Noor bin Md Shari, iaitu Disana ditonton melebihi 12 juta.[3]Wany Hasrita berjaya melayakkan diri ke Separuh Akhir Muzik Muzik 32 menerusi dua buah lagu iaitu Menahan Rindu dan Disana Cinta Disini Rindu, namun hanya lagu Menahan Rindu yang berjaya mara ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu 32.Selain itu, Wany Hasrita turut menyertai program Fantastik 4 Hot FM bersama Ara Johari, Naim Daniel, Haqiem Rusli sebuah program realiti nyanyian ‘on-air’ dan ‘digital’ yang dianjurkan sepenuhnya oleh stesen radio popular, Hot FM (Synchrosound Studio Sdn. Bhd). Namun beliau tidak berjaya menjadi juara keseluruhan.Wany Hasrita juga mengeluarkan album pertama yang dilancarkan pada 25 April 2018 dengan menggunakan nama Menahan Rindu sebagai judul album. Album ini diisi 6 lagu iaitu Rindu Dalam Benci (feat Tajul), Rintihan Rindu, Ewah-Ewah, Semaikan Cinta termasuk Menahan Rindu yang tercalon Anugerah Juara Lagu 32 pada tahun yang sama.Kini, Wany Hasrita mempunyai pelbagai lagu berbagai genre iaitu Ewah-Ewah (ciptaan Allahyarham Pak Ngah), Rindu Dalam Benci, Semarak Syawal (ciptaan Allahyarham Pak Ngah), Semaikan Cinta & Aku Serius.Tergantung Rindu sebagai Wani (watak utama) (Astro Citra & Astro Mustika HD) NOTA: Hashtag (#TergantungRindu) Trending No.1 di Malaysia pada tarikh tayangan telefilem ini ditayangkan pada 9 Jun 2018.Dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular ABPBH31 adalah suatu kejayaan besar buat Wany Hasrita atas usaha murni daripada kelab peminatnya tersendiri.Wany Senorita sekali lagi berjaya membawa satu buah lagu ke Separuh Akhir Muzik-Muzik 33 iaitu Rintihan Rindu. Namun beliau tidak berjaya mara ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu 33.