Warna ialah sifat
cahaya yang ditentukan oleh
panjang gelombang (atau oleh kandungannya sebagai paduan untuk beberapa panjang gelombang). Julat panjang gelombang nampak untuk
cahaya dikenali sebagai
spektrum nampak , atau dengan mudah sahaja sebagai spektrum.Istilah warna boleh juga merujuk kepada sifat objek-objek atau bahan-bahan yang ditentukan oleh jenis panjang gelombang yang dipantul, dihantar, atau dipancar. Biasanya, hanya ciri-ciri kandungan cahaya yang dapat dikesan oleh
manusia diambil kira dan oleh itu, warna juga boleh dianggap sebagai satu fenomena
psikologi. Pengolahan berbagai-bagai kegunaan istilah ini merupakan tugas utama
falsafah semasa.Oleh sebab persepsi warna berasal daripada kepekaan
sel kon dalam
retina yang berbeza-beza terhadap bahagian-bahagian spektrum yang berlainan, warna boleh ditakrifkan melalui tahap perangsangan sel-sel itu oleh panjang gelombang cahaya.
Fisiologi warna dibincangkan di bawah.Sains warna kekadang dipanggil kromatik dan termasuk persepsi warna oleh
mata dan
otak manusia, asal warna dalam bahan-bahan,
teori warna dalam bidang
seni, serta
fizik sinaran elektromagnet dalam julat nampak (iaitu, apa yang kita biasa merujuk dengan mudah sebagai cahaya). Sebagai fenomena persepsi, warna seakan-akan
pic dalam
pendengaran, walaupun mekanisme-mekanisme pengamatan nada amat berbeza.