Sejarah WarnerMedia

1903-1929

  • 1903 - Sam, Jack, Harry dan Albert Warner membuka teater filem tersendiri di Newcastle, Pennsylvania.
  • 1911 - Sam, Jack, Harry dan Albert Warner menghasilkan filem pertama mereka, Perils of the Plains.
  • 1915 - Sam dan Jack Warner pindah ke Los Angeles, menyiapkan studio produksi filem, sementara Harry dan Albert Warner membuka syarikat pengedaran di New York.
  • 1923 - Syarikat Warner Bros. ditubuhkan.
  • 1923 - Briton Hadden dan Henry Robinson Luce menubuhkan Time Inc.
  • 1923 - Pertama kali diterbitkan mingguan edisi pertama majalah Time.
  • 1924 - Hadden dan Luce melancarkan penerbitan kedua-dua mereka, yakni Saturday Review of Literature.
  • 1924 - Warner Bros. merilis filem pertama.
  • 1925 - Warner Bros. membeli Vitagraph Studios di Bandar Raya New York, membuka syarikat filem bersuara Vitaphone.
  • 1927 - Warner Bros. menerbitkan The Jazz Singer, lalu merevolusi sejarah filem dengan memperkenalkan "talkie".
  • 1928 - Warner Bros. membuka studio di Burbank, California
  • 1929 - merilis filem terbaru dengan syarikat audio Vitaphone.
  • 1929 - Warner Bros. membeli rangkaian filem Stanley-Crandall.

1930-1949

1950-1965

1966-1970

1971-1976

1977-1982

1983-1989

  • 1983 - Jean MacCurdy dan Tom Ruegger bergabung sebagai pengurus Hanna-Barbera.
  • 1985 - VH1 dilancarkan; namun kemudian Warner-Amex Satellite Entertainment dibeli oleh Viacom.
  • 1985 - Syarikat Quantum Computer Services, Inc. ditubuhkan oleh Steve Case untuk menyediakan perkhidmatan dalam talian bagi pengguna komputer Commodore.
  • 1986 - Turner menandatangani kontrak 76 hari pemilikan dengan MGM/UA, dan menubuhkan Turner Entertainment.
  • 1987 - Time Inc. memberi peringatan penggabungan dengan Warner Communications.
  • 1988 - Quantum Computer Services memperkenalkan perkhidmatan dalam talian bagi pemilik komputer IBM.
  • 1988 - Ruby-Spears meneribitkan siri kartun Superman.
  • 1989 - Warner Communications mendapatkan Lorimar-Telepictures.
  • 1989 - Quantum Computer Services mula menawarkan perkhidmatan dalam talian bagi pengguna komputer Apple, memperkenalkan "America Online," rangkaian talian kebangsaan baru bagi pemilik komputer.
  • 1989 - Puluhan pengurus Hanna-Barbera menanggapi panggilan dari Warner Bros. untuk menghidupkan semula jabatan animasi mereka. Pengeluar Tom Ruegger dan sejumlah rakan-rakannya meninggalkan studio Hanna-Barbera dan bergerak ke Warner Bros. untuk mengembangkan program kartun hit yang nanti diilis, yakni Tiny Toon Adventures.

1990-1992

  • 1990 - Time Inc. dan Warner Communications bersatu menjadi "Time Warner".
  • 1990 - menerbitkan edisi pertama majalah Entertainment Weekly.
  • 1991 - memula filem kartun Tiny Toon Adventures.
  • 1991 - Turner Broadcasting System membeli Hanna-Babera dan Ruby-Spears.
  • 1991 - HBO menggabungkan The Comedy Channel dan HA! menjadi Comedy Central.
  • 1991 - Quantum Computer Services mengganti namanya menjadi America Online.
  • 1992 - Turner melancarkan stesyen televisyen Cartoon Network; Time Warner menubuhkan anak syarikat Time Warner Entertainment ke rumah syarikat kabel tersebut; America Online (AOL) membuat tawaran umum perdana, mengumumkan perikatan dengan Apple Computer.

1993-1999

  • 1993 - AOL memperkenalkan perkhidmatan dalam talian yang direka khusus untuk pengguna Windows.
  • 1995 - The WB Television Network dan Kids' WB mula mengudara secara rasmi.
  • 1995 - Taman bermain Hanna-Barbera di Great America mula digusur oleh Nickelodeon Splat City.
  • 1996 - Fred Seibert keluar dari Hanna-Barbera.
  • 1996 - Time Warner mendapatkan Turner Broadcasting System.
  • 1996 - Warner Bros. memperkenalkan watak Lola Bunny.
  • 1997 - Ruby-Spears Productions ditutup dan diserap kedalam Hanna-Barbera.
  • 1998 - America Online memperoleh pembekal perkhidmatan Internet Compuserve.
  • 1999 - AOL mengakuisisi Netscape, serta MovieFone, Spinner, dan NullSoft.
  • 1999 - Time Warner menandatangani kontrak 5 tahun pemilikan separa MTV Networks dan Showtime Networks dalam tempoh 1999-2003 dengan Viacom.

2000-kini

  • 2001 - AOL mengakuisisi Time Warner dalam sebuah penggabungan sebesar $ 106 bilion.
  • 2001 - Hanna-Barbera ditutp dan diserap oleh Warner Bros., dan projek selanjutnya Cartoon Network dikendalikan oleh Cartoon Network Studios. Joseph Barbera terus bekerja untuk Warner Bros Animation pada projek yang berkaitan dengan Hanna-Barbera sampai kematiannya pada tarikh 18 Disember 2006.
  • 2002 - Warner Bros. membuka rancangan kartun Baby Looney Tunes dan Duck Dodgers.
  • 2003 - Time Warner berhenti menggunakan kata "AOL" dari nama syarikatnya.
  • 2003 - Area "Bedrock" di Canada's Wonderland diganti oleh Nickelodeon Central.
  • 2003 - Kontrak 5 tahun dengan Viacom telah tamat tempoh; Time Warner menjual kembali semua saham MTV Networks dan Showtime Networks untuk Viacom.
  • 2003 - Comedy Central dijual kepada Viacom.
  • 2003 - Time-Life dibeli oleh Ripplewood Holdings L.L.C.
  • 2004 - melepas aset Warner Music Group.
  • 2005 - Pertama kali menggantikan Hanna-Barbera memproduksi siri TV Tom and Jerry.
  • 2006 - memula siri TV Loonatics Unleashed.
  • 2006 - Hanna-Barbera Land di Mason, Ohio, menjadi taman bermain Hanna-Barbera terakhir yang ditutup.
  • 2006 - UPN bergabung dengan The WB sebagai The CW.
  • 2008 - menutup syarikat filem Warner Independent Pictures.
  • 2009 - Melepas aset Time Warner Cable.
  • 2009 - pisah dari AOL.
  • 2010 - memperoleh StyleFeeder.
  • 2010 - memperoleh stesyen televisyen kebangsaan Cile, Chilevisión.
  • 2018 - syarikat itu telah menukar namanya kepada WarnerMedia, selepas pemerolehan AT&T.