Warner_Music_(Malaysia)_Sdn._Bhd.

Warner Music Malaysia ialah anak syarikat kepada Warner Music Group yang ditubuhkan pada 1978.[1] Syarikat rakaman ini telah banyak mengeluarkan album bagi artis yang ternama seperti Jamal Abdillah, Azlina Aziz, Khadijah Ibrahim dan sebagainya. Antara penerbit terkenal yang menerbitkan album untuk artis di bawah syarikat rakaman ini ialah Ahmad Nawab, Akbar Nawab, Adnan Abu Hassan dan ramai lagi.