Warner_Music_Group
Warner_Music_Group

Warner_Music_Group

Warner Music Group (dipendekkan sebagai WMG, biasanya dirujuk sebagai Warner Music atau WEA Antarabangsa) ialah syarikat hiburan dan rakaman multinasional Amerika Syarikat yang beribu pejabat di Bandaraya New York. Ia adalah salah satu daripada syarikat rakaman "tiga besar" dalam industri muzik sejagat; bersama-sama dengan Universal Music Group (UMG) dan Sony Music Entertainment (SMG). Dahulunya dimiliki oleh Time Warner, syarikat ini didagangkan secara terbuka di Bursa Saham New York hingga Mei 2011, ketika ia mengumumkan penswastaan dan penjualannya kepada Access Industries, yang telah disiapkan pada bulan Julai 2011. Dengan perolehan tahunan berjuta-juta dolar, WMG menggajikan lebih daripada 3,500 orang dan mempunyai operasi di lebih daripada 50 buah negara di seluruh dunia.[2]