Watak-watak_dalam_Bleach

Ini merupakan senarai watak-watak dalam siri anime dan manga Bleach ciptaan Tite Kubo. Untuk kemudahan, watak-watak disenaraikan menurut tempat tinggal mereka: di dunia manusia, Soul Society atau Hueco Mundo.Sebagai tambahan kepada maklumat yang diberikan oleh beberapa bab dan episod dalam siri ini, Tite Kubo telah menyertakan profil-profil watak di bahagian belakang tankōbon tertentu, memberi informasi tentang watak-watak utama yang selalunya tersembunyi; ini termasuklah satu atau dua gubahan muzik yang dikaitkan dengan watak-watak tersebut oleh Tite Kubo. Dalam siri anime, watak-watak diadaptasi oleh Masashi Kudō.