Wee_Meng_Chee

Wee Meng Chee[1] (Cina Ringkas: 黃明志; Cina Tradisional: 黃明志; pinyin: Huáng Míng Zhì; lahir 6 Mei 1983)[1][2] ialah seorang mahua dan merupakan penuntut komunikasi khalayak di Universiti Ming Chuan, Taiwan. Beliau lebih dikenali sebagai nama samaran Namewee di YouTube dan mula dikenali dengan lagu dan video yang dicipta olehnya sendiri yang bertajuk "Negarakuku".Pada 7 Ogos 2007, beliau telah menimbulkan kekecohan dunia Internet Malaysia apabila menghasilkan video rap dengan gubahan dari lirik lagu "Negaraku", mengandungi isi-isi menghina negara, pasukan polis, orang Melayu dan azan dalam agama Islam, menurut laporan akhbar Harian Metro.Namewee kemudiannya dilaporkan meminta maaf kepada mereka yang rasa terhina oleh video tersebut dalam sebuah akhbar Inggeris tempatan,[3] tetapi bukan kerana menghasilkan video itu sendiri dan dia tidak menyesal oleh perbuatan tersebut. Selain itu, ia tetap menegaskan dalam blog ia bahawa orang ramai telah tersalah anggap tentang lagu rap yang dihasilkan olehnya, dan menyatakan bahawa laporan akhbar Harian Metro tersebut salah kerana ditulis tanpa memahami maksud tersirat lirik tersebut.[4] Berikutan dengan itu, ia turut meletakkan terjemahkan lirik Cina ke bahasa Melayu di blognya.Pada tahun 2011, beliau muncul dengan filem sulung arahannya Nasi Lemak 2.0. Seterusnya muncul dengan filem kedua, Hantu Gangster dan Kara King, yang masing-masing dikeluarkan pada 2012 dan 2013. Beliau juga memulakan siri web YouTube, Namewee Tokok, pada September 2012. Beliau menulis lagu, 你不红 (Kau Bukan Merah) pada 2015 yang juga menarik perhatian di media sosial. Lagu lain, seperti 泰國情哥 (Lagu Cinta Thailand), 飆高音 (Nada Tinggi) dan 漂向北方 (Orang Tidak Dikenali di Utara) mencuri perhatian global. Kini, beliau mempunyai 60 lagu (termasuk yang dikeluarkan dari saluran YouTube beliau) dengan sebanyak 1 bilion[5] tontonan di YouTube dan langganan 2.5 Juta.[6][7]Baru-baru ini, beliau telah dicalonkan di Golden Melody Awards ke-27. Pada Ogos 2016, beliau telah ditahan polis kerana membuat muzik video di kawasan masjid.[8]