Sejarah Weki_Meki

Pra-debut

Weki Meki Disember 2017

Para ahli bermula sebagai pelatih di bawah Fantagio i-Teen, program pembangunan bakat baru di bawah Fantagio Entertainment, dan dikenali sebagai i-Teen Girls.

Elly, Yoojung, Doyeon, dan Sei (dahulu mewakili LOUDers Entertainment) bertanding dalam program televisyen survival Mnet Produce 101, yang disiarkan dari 22 Januari hingga 1 April 2016. Yoo-jung and Do-yeon mendapat TOP11 dalam pusingan terakhir dan debut sebagai ahli I.O.I.[1]

Pada Mac 2017, Weki Meki (sebelum ini dekenali sebagai i-Teen Girls) membuka V Live Channel di mana 8 pelatih memperkenalkan diri sebagai sebahagian daripada kumpulan gadis fantagio yang seterusnya. Pelatih ini adalah Elly, Yoo-jung, Do-yeon, Sei, Lua, Rina, Lucy dan bekas pelatih Yejin. Pada 5 Jun di V Live Do-yeon mengesahkan tempatnya dalam barisan akhir Weki Meki serta Lucy, Rina & pelatih yang tidak kelihatan Ji Suyeon.[2]

Pada 6 Julai, Fantagio mendedahkan bahawa kumpulan gwanita baru mereka akan dipanggil Weki Meki.[3]

2017–sekarang: Debut dengan Weme, Lucky, Kiss, Kicks, Lock End LOL dan Week End LOL

Weki Meki mengeluarkan album mini debut mereka, Weme pada 8 Ogos 2017.album ini mengandungi enam trek dengan single utama bertajuk "I Do not Like Your Girlfriend". Album ini juga mempunyai lirik yang ditulis oleh Yoo-jung.[4][5] Sebulan kemudian, edisi terhad "B Version" debut album mini mereka telah dikeluarkan. Pada bulan November, menurut Gaon Music Chart, mini album telah terjual lebih 47,000 salinan sejak dikeluarkan dan menandakan jualan album tertinggi oleh kumpulan gadis yang debut tahun 2017.[6]

    Pada 21 Februari 2018, Weki Meki telah mengeluarkan album mini kedua mereka yang bertajuk Lucky.[7]

    Album ini mempunyai enam lagu termasuk single utama La La La dan Butterfly, yang terakhir adalah pembuatan semula lagu asal dari filem sukan 2009 'Take Off adalah kerana kumpulan ini ingin menunjukkan sokongan kepada Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018.[8]

      Weki Meki mengeluarkan album single pertama mereka Kiss, Kicks pada 11 Oktober 2018.[9] Album ini mempunyai tiga lagu termasuk single utama Crush dengan bahagian rap di dalam album ini ditulis oleh ahli Yoo-jung.[10]

        Kumpulan ini mengeluarkan album single kedua mereka Lock End LOL pada 14 Mei 2019, termasuk single utama "Picky Picky"[11]

        Ahli

        • Ji Su-yeon (지수연) — Ketua, vokalis utama[12]
        • Elly (엘리)
        • Choi Yoo-jung (최유정)
        • Kim Do-yeon (김도연)
        • Sei (세이)
        • Lua (루아)
        • Rina (리나)
        • Lucy (루시)

        Rujukan

        WikiPedia: Weki_Meki http://www.billboard.com/biz/charts/2018-10-27/wor... http://www.melon.com/album/detail.htm?albumId=2683... http://www.moonrok.com/fantagio-announces-official... http://www.moonrok.com/yoojung-doyeon-final-lineup... http://entertain.naver.com/read?oid=109&aid=000358... http://entertain.naver.com/read?oid=112&aid=000293... http://m.entertain.naver.com/music/now/read?oid=31... http://www.xportsnews.com/jenter/?ac=article_view&... http://ranking.oricon.co.jp/ http://gaonchart.co.kr/main/section/chart/album.ga...