West_Ham_United_F.C.
West_Ham_United_F.C.

West_Ham_United_F.C.

West Ham United Football Club merupakan sebuah kelab bola sepak profesional England yang berpangkalan di Upton Park, London Timur, England dan sekarang ini bermain dalam Liga Perdana Inggeris, peringkat tertinggi dalam bola sepak Inggeris. Kelab ini ditubuhkan pada tahun 1895 sebagai Thames Ironworks dan dibentuk semula pada tahun 1900 sebagai West Ham United. Pada tahun 1904, kelab ini berpindah ke stadium semasa iaitu Boleyn Ground. Mereka pada mulanya beraksi dalam Southern League dan Western League sebelum menyertai Football League pada tahun 1919 dan meraih promosi ke liga utama pada musim 1923. Tahun itu juga menyaksikan kelab itu layak ke perlawanan akhir Piala FA pertama yang diadakan di Wembley menentang Bolton Wanderers.Pada tahun 1940, kelab itu memenangi Football League War Cup yang pertama. Kelab itu telah memenangi Piala FA tiga kali: pada tahun 1964, 1975 dan 1980 dan muncul naib juara dua kali, pada tahun 1923 dan 2006. Pada tahun 1965, mereka memenangi Piala Pemenang Piala Eropah dan pada tahun 1999, mereka memenangi Piala Intertoto. Mereka adalah salah satu daripada lapan kelab yang tidak pernah jatuh ke peringkat kedua bola sepak Inggeris, menghabiskan 56 daripada 88 musim dalam Divisyen 1 atau Liga Perdana Inggeris sehingga tahun 2014. Walau bagaimanapun, tidak seperti tujuh yang lain (Arsenal, Chelsea, Everton, Liverpool, Manchester United, Newcastle United dan Tottenham Hotspur), mereka tidak pernah memenangi kejuaraan liga. Posisi terbaik dalam liga kelab itu adalah tempat ketiga pada musim 1985–86.Tiga pemain West Ham memainkan peranan penting ketika England menang perlawanan akhir Piala Dunia FIFA 1966; kapten Bobby Moore dan kedua-dua penjaring gol, Geoff Hurst dan Martin Peters.

West_Ham_United_F.C.

Pemilik David Sullivan (51.1%)
David Gold (35.1%)
Albert 'Tripp' Smith (10%)
Pelabur-pelabur lain (3.8%)
Diasaskan 1895; 125 tahun yang lalu (1895), sebagai Thames Ironworks
5 Julai 1900; 119 tahun yang lalu (1900-07-05), sebagai West Ham United
Stadium Stadium London
(Muatan: 57,000[1])
Tapak sesawang Laman kelab
Pengurus David Moyes
Liga Liga Perdana Inggeris
Nama penuh West Ham United Football Club
2016–17 ke–11
Pengerusi Pengerusi
Gelaran The Irons
The Hammers
The Academy of Football