Wheely_(filem)

Wheely (bahasa Melayu harfiah: Roda) merupakan sebuah filem animasi Malaysia 2018 arahan Yusry Abdul Halim terbitan Kartun Studios. Ia menampilkan lakonan suara Zizan Razak, Johan Raja Lawak, Lisa Surihani dan Norman Abdul Halim (yang turut berkhidmat sebagai penerbit). Filem ini ditayangkan pada 16 Ogos 2018.[1] Filem animasi ini dalam versi Bahasa Inggeris juga ditayangkan secara dalam talian secara percuma melalui laman sesawang iflix.

Berkaitan