Whitney_Houston
Whitney_Houston

Whitney_Houston

Whitney Elizabeth Houston (9 Ogos 1963 – 11 Februari 2012) ialah seorang penyanyi, pelakon, penerbit dan peragawati berbangsa Amerika Syarikat. Houston merupakan seniwati yang paling banyak meraih anugerah sepanjang zaman, menurut Guinness World Records.[1] Antara 415 anugerah yang dimenanginya setakat tahun 2010 ialah 2 Anugerah Emmy, 6 Anugerah Grammy, 30 Anugerah Muzik Billboard dan 22 Anugerah Muzik Amerika. Houston juga merupakan salah seorang seniman muzik yang paling laris jualannya di seluruh dunia, setelah menjual lebih 170 juta album, single dan video ke serata dunia.[2][3] Dengan mendapat ilham daripada penyanyi-penyanyi soul yang tersohor dalam keluarganya, termasuk ibunya Cissy Houston, sepupu-sepupu Dionne Warwick dan Dee Dee Warwick, dan walinya Aretha Franklin, Houston mula menyanyi bersama koir gospel kanak-kanak di New Jersey pada umur 11 tahun.[4] Setelah mula membuat persembahan bersama ibunya di kelab-kelab malam sekitar Bandaraya New York, bakatnya ditemui oleh ketua label Arista Records, Clive Davis. Houston mengeluarkan tujuh album studio dan tiga album runut bunyi filem, kesemuanya meraih sijil berlian, berbilang platinum, platinum atau emas. Houston merupakan satu-satunya seniman yang berjaya menempatkan lagu-lagunya di tangga teratas carta Billboard Hot 100 secara tujuh kali berturut-turut ("Saving All My Love for You", "How Will I Know", "Greatest Love of All", "I Wanna Dance with Somebody (Who Loves Me)", "Didn't We Almost Have It All", "So Emotional" dan "Where Do Broken Hearts Go"). Album pertama beliau pada tahun 1985, Whitney Houston, menjadi album debut yang paling laris dijual oleh seorang artis wanita ketika ia diterbitkan. Album ini dipilih sebagai album terbaik oleh majalah Rolling Stone pada tahun 1986, dan menduduki tangga 254 dalam senarai 500 Album Terhebat Sepanjang Zaman oleh majalah yang sama.[5] Album studio keduanya, Whitney (1987), menjadi album pertama oleh seorang artis wanita untuk muncul di tangga pertama dalam carta album Billboard 200.[5] Daya tarikan Houston yang merentasi pelbagai lapisan masyarakat serta keterserlahan beliau di saluran muzik video MTV, mulai dengan video untu "How Will I Know",[6] mempengaruhi ramai seniwati berketurunan Afrika-Amerika untuk mengikuti jejak langkahnya.[7][8] Pada tahun 1990 Whitney mengeluarkan album studio ketiganya, I'm Your Baby Tonight. Houston mula-mula menceburi bidang lakonan sebagai bintang filem cetera The Bodyguard (1992). Runut bunyi asli filem tersebut memenangi anugerah Album Terbaik Grammy pada tahun 1994. Single terajunya, "I Will Always Love You", menjadi single yang paling laris dijual oleh artis wanita sepanjang sejarah muzik. Dengan album ini, Houston menjadi seniman pertama (baik solo mahupun berkumpulan, lelaki mahupun wanita) yang menjual lebih sejuta salinan sesebuah album dalam tempoh seminggu sahaja.[5] Houston terus membintangi filem-filem serta menyumbang kepada runut-runut bunyinya, termasuk Waiting to Exhale (1995) dan The Preacher's Wife (1996). Runut bunyi The Preacher's Wife menjadi album gospel yang paling laris dijual dalam sejarah.[9] Tiga tahun selepas keluarnya album studio keempatnya, My Love Is Your Love (1998), Houston memperbaharui kontrak rakamannya bersama Arista Records.[9] Beliau mengeluarkan album studio kelima, Just Whitney pada tahun 2002, dan album bertema Krismas, One Wish: The Holiday Album pada tahun 2003. Pada tahun 2009, Houston mengeluarkan album studio ketujuhnya, I Look to You.Pada 11 Februari 2012, Houston ditemui mati Beverly Hilton Hotel, di Beverly Hills, California.[10]

Whitney_Houston

Dikebumikan Fairview Cemetery
Westfield, New Jersey, U.S.
Pekerjaan
  • Penyanyi
  • pelakon
  • penerbit rakaman
  • penerbit filem
  • model
Ibu bapa John Russell Houston, Jr.
Cissy Houston
Pasangan Bobby Brown
(k. 1992; c. 2007)
Anak Bobbi Kristina Brown
Pengkarya berkait
Syarikat rakaman
Meninggal dunia 11 Februari 2012(2012-02-11) (umur 48)
Beverly Hills, California, A.S.
Laman sesawang whitneyhouston.com
Pendidikan Mount Saint Dominic Academy
Sebab kematian Lemas akibat penyakit arteri koronari dan kokain mabuk
Saudara
Kelahiran Whitney Elizabeth Houston
(1963-08-09)9 Ogos 1963
Newark, New Jersey, A.S.
Genre
Tahun aktif 1977–2012

Rujukan

WikiPedia: Whitney_Houston http://www.allmovie.com/dvd/rodgers-hammersteins-c... http://www.allmovie.com/work/rodgers-amp-hammerste... http://www.allmovie.com/work/the-cheetah-girls-2-w... http://www.allmovie.com/work/the-cheetah-girls-292... http://www.allmovie.com/work/the-princess-diaries-... http://www.allmovie.com/work/the-princess-diaries-... http://www.allmovie.com/work/the-princess-diaries-... http://www.allmusic.com/artist/whitney-houston-p45... http://www.emmys.com/award_history_search?person=&... http://www.filmreference.com/film/14/Whitney-Houst...