Whoopi_Goldberg
Whoopi_Goldberg

Whoopi_Goldberg

Whoopi Goldberg (/[invalid input: 'icon']ˈhwʊpi/, dilahirkan sebagai Caryn Elaine Johnson; 13 November 1955) merupakan pelawak Amerika Syarikat, pelakon wanita, penyanyi-penulis lagu, aktivis politik, pengarang, dan hos rancangan bual.Goldberg mula berlakon dalam Filem The Color Purple (1985) sebagai Celie, wanita kulit hitam yang disiksa Jauh di Selatan. Dia dicalonkan bagi Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Akademi dan memenangi Anugerah Globe Emas bagi peranannya dalam filem tersebut. Pada 1990, dia berlakon sebagai Oda Mae Brown, psikik yang membantu orang yang dibunuh (Patrick Swayze) mencari pembunuhnya dalam filem blockbuster Filem Ghost (1990). Lakonan ini mendapatkannya Anugerah Glob Emas kedua dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Anugerah Akademi. Filem terkenal selanjutnya termasuk filem Sister Act dan filem Sister Act 2: Back in the Habit, filem The Lion King, filem Made in America]], filem How Stella Got Her Groove Back, filem Girl, Interrupted dan filem Rat Race (2001). Dia turut terkenal bagi peranannya sebagai penjaga bar Guinan dalam filem Star Trek: The Next Generation dan sebagai Terry Doolittle dalam filem Jumpin' Jack Flash. Selain itu dia turut menyumbang suara sebagai Stretch dalam filem Toy Story 3 dan muncul dalam siri Televisen Glee sebagai Carmen Tibideaux.

Rujukan

WikiPedia: Whoopi_Goldberg http://www.cigaraficionado.com/Cigar/CA_Archives/C... http://www.emmys.com/celebrities/whoopi-goldberg http://www.filmreference.com/film/92/Whoopi-Goldbe... http://www.geneticsandhealth.com/2007/02/10/whoopi... http://ibdb.com/person.php?id=42457 http://www.imdb.com/name/nm0000155/ http://www.nytimes.com/2006/08/20/magazine/20wwln_... http://www.pr-inside.com/entertainment-blog/2007/0... http://www.sisteractthemusical.com/booktickets/ http://www.tcm.com/tcmdb/participant.jsp?spid=7288...