Sejarah Wi-Fi

Asal-usul teknologi 802.11 dapat dijejaki dalam keputusan yang dibuat oleh Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan Amerika Syarikat (US Federal Communications Commission) pada 1985 yang membiarkan jalur ISM digunakan tanpa lesen.[2] NCR Corporation bersama-sama AT&T Corporation—pada tahun 1991—mereka pelopor bagi 802.11 yang bertujuan untuk digunakan dalam sistem juruwang. Produk wayarles pertama bernama WaveLAN.

Vic Hayes digelar oleh sesetengah orang sebagi "bapa Wi-Fi" atas penglibatannya dalam merunding piawaian awal dalam IEEE semasa mempengerusikan kumpulan kerja terbabit.[3][4]