Wii
Wii

Wii

Wii merupakan konsol permainan video generasi ketujuh daripada Nintendo. Konsol ini merupakan pesaing kepada Xbox 360 daripada Microsoft and PlayStation 3 daripada Sony. Wii yang sebelum ini dikenali dengan nama kod projek Revolution, merupakan pengganti Nintendo GameCube.Pada 14 dan 15 September 2006, Nintendo mengumumkan maklumat mengenai konsol ini untuk pasaran Jepun, Amerika Utara, Amerika Selatan, Australia, Eropah dan Asia.Konsol ini dilancarkan pada 19 November 2006 in Amerika Utara dan Amerika Selatan. Kemudian dilancarkan di Jepun pada 2 Disember 2006, di Australasia, Itali dan Switzerland pada 7 Disember 2006, 8 Disember di Eropah dan 9 Disember di Sepanyol.Permainan konsol Nintendo itu mendapat sambutan menggalakkan apabila ia habis dijual sebaik diperkenalkan. Malah jumlah stok yang ditawarkan kepada peminat bagi permainan konsol Wii itu melebihi pesaingnya, Sony Playstation 3 (PS3) walaupun diperkenalkan dua hari lebih awal.Nintendo menyasar untuk menarik minat pelbagai segmen pengguna termasuk mereka yang tidak berminat dengan permainan konsol.Kelengkapan Wii didatangkan dengan sistem kawalan sensitif pergerakan apabila ia berkesan dalam udara sekeliling seperti menggunakannya sebagai raket tenis, kayu golf, senjata dan malah pedang yang bergantung kepada jenis permainannya.Wii menjadi konsol yang termurah semasa dilancarkan jika dibandingkan dengan pesaingnya. Di Jepun Wii dijual dengan harga JP¥25,000, di Amerika Syarikat (US$249.99), Kanada (CAD$279.95), Australia (AUD$399.95) dan United Kingdom (GB£179).

Wii

Media Cakera optik 12 sm Wii
Cakera Optik GameCube 8 sm
CPU IBM PowerPC-based[1] "Broadway"
Pengilang Nintendo
Grafik ATI "Hollywood"
Perkhidmatandalam talian Nintendo Wi-Fi Connection
WiiConnect24
Virtual Console
Wii Channels
Keserasian kebelakang Nintendo GameCube
Generasi Era generasi ke-7
Muatan storan Ingatan kilat dalaman
Kad Ingatan GameCube
Secure Digital card
Ketersediaan runcit NA SA 19 November 2006
JP 2 Disember 2006
AU IT 7 Disember 2006
EU 8 Disember 2006
SP 9 Disember 2006
Ketersambungan Wi-Fi
Bluetooth
USB 2.0 x2
Penyesuai LAN (melalui USB)
Jenis Konsol permainan video
Pendahulu Nintendo GameCube

Berkaitan