WikiLeaks
WikiLeaks

WikiLeaks

Wikileaks ialah sebuah pertubuhan antarabangsa yang bertapak di Sweden[3] yang menerbitkan dokumen-dokumen sulit yang didapati daripada sumber-sumber yang tidak diketahui dan maklumat Internet yang dibocorkan. Tapak webnya dilancarkan pada tahun 2006 dan dikendali oleh The Sunshine Press.[1] Pertubuhan ini mendakwa ia diasaskan oleh para penentang politik China, wartawan, ahli matematik dan ahli teknologi syarikat baru dari Amerika Syarikat, Taiwan, Eropah, Australia dan Afrika Selatan.[1] Menurut rencana akhbar dan majalah The New Yorker (7 Jun 2010), seorang wartawan dan aktivis Internet berbangsa Australia bernama Julian Assange adalah pengarahnya.[4] Setahun selepas dilancarkan, tapak ini mengaku menyimpan dokumen melebihi 1.2 juta.[5]

WikiLeaks

Pemilik The Sunshine Press[1]
Dicipta oleh Julian Assange
Pengiklanan? Tidak
Laman sesawang www.wikileaks.org
Boleh didapati dalam Berbilang bahasa
Slogan We open governments
Kedudukan Alexa 4,629 (November 2010[update])[2]
Dilancarkan pada Disember 2006
Jenis laman Arkib dokumen
Status terkini Aktif